Friday 18 August 2023

AMALAN DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

AMALAN DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA
by SITIMAN772
18 OGOS 2K23

Assalaamualaikum sahabat semua,terlebih dahulu Siti ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog Siti.

Jom kali ni Siti nak kongsikan DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA ,kita WANITA banyak dugaan dan ujian,tambah- tambah suka bermain dengan emosi.

Amalan doa wanita period


Ada yang tak boleh nak melalui dah jadi anxiety,tekanan perasaan,selalu berfikir keseorangan. Disini keluarga dan pasangan sangat memainkan peranan yang sangat penting.

Kekadang wanita juga seharusnya pandai menyesuaikan diri apabila ada masalah dan ujian. Salah satu cara yang paling berkesan dekatkan diri kita dengan Allah S.W.T, dan selalu membaca Al- Quran bagi yang Muslim la,kalau non Muslim pun pandai pandai la bawa diri untuk keluar dari masalah tersebut.
Bagi Siti apabila kita rajin membaca Al-Quran,secara automatik,ayat ayat didalam Al- Quran juga satu doa. Banyak DOA kita boleh amalkan untuk mendapatkan ketenangan. Siti kongsikan 3 doa ini yang boleh diamalkan.

1. DOA SEMASA DATANGNYA HAID

SEGELINTIR wanita adakalanya terganggu apabila tibanya waktu datang bulan. Maklum sahajalah, bukan setakat tidak selesa, malah ada yang sakit perut dan pinggang pada waktu itu.

Pada masa sama, emosi juga kadangkala tidak begitu stabil seperti hari-hari biasa. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Barangkali kerana perubahan hormon pada badan.

Ketika tempoh keluarnya darah kotor itu juga, kaum Hawa tidak dibolehkan untuk menunaikan solat. Ia sehinggalah mereka telah bersih sepenuhnya daripada haid berkenaan.

Walaupun dilarang untuk mengerjakan solat fardu, hakikatnya, golongan wanita masih boleh melakukan ibadah sunat yang lain seperti berzikir, berdoa dan lain-lain.

Usahlah risau kerana kita masih boleh mengumpul pahala sepanjang tempoh period berkenaan. Semuanya bergantung kepada diri sendiri sama ada mahu atau tidak untuk melakukannya.

Ketahuilah, dalam pelbagai jenis doa, ada satu doa yang begitu istimewa boleh diamalkan oleh kaum wanita ketika kita datang bulan.


Pendakwah Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli ada berkongsikan doa berkenaan dalam sebuah video baru-baru ini.

Doa itu berbunyi, Alhamdulillahi ‘ala kulli halin, wa astaghfirullaha ‘ala kulli zambin

(Segala puji bagi ALLAH atas segala perkara, aku mohon ampun dari-MU ya ALLAH atas segala dosaku).

Syeikh Muhd Zainul Asri menjelaskan, doa itu boleh dibacakan terutama pada waktu solat.

Mereka yang melazimkannya ketika itu akan memperoleh ganjaran pahala umpama dirinya sedang menunaikan ibadah solat.

“Biasakanlah mengamalkan doa ini ketika setiap kali masuk waktu solat,” tuturnya sebagaimana dipetik menerusi video berkenaan yang dikongsikan menerusi Instagram @jom_dakwah.

Terdapat banyak kelebihan jika seseorang wanita yang datang bulan membaca doa tersebut pada hari pertama darah kotornya keluar.

Antara kelebihan itu termasuklah dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu, dipermudahkan perjalanan darah haid, mendapat pahala beribadah sepanjang period, meraih pahala 40 orang syahid, selamat daripada azab api neraka dan dipermudahkan melalui titian sirat.

2. DOA DIMURAHKAN REZEKI DAN TIDAK DIBEBANI HUTANG

Surah at-Taubah ialah surah ke-9 dalam al-Quran. 2 ayat terakhir surah at-Taubah iaitu ayat 128 dan 129 boleh dijadikan wirid selepas solat dan amalan harian. Bagus doa ni,jom beramal.

Dua ayat terakhir surah At-Taubah iaitu ayat ke 128 – 129 dikatakan mempunyai khasiat yang luar biasa. Mereka yang mengamalkan ayat ini sebanyak 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. 


Surah at Taubah Ayat 128 (Rumi, Jawi, Terjemahan)

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ

Cadangan Rumi: laqod jaa-akum rasuulum min anfusikum aziizun alaihi maa anittum harii-shun alaikum bilmu’miniina rauufur rahiim.


128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Surah at Taubah Ayat 129 (Rumi, Jawi, Terjemahan)

فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ

Cadangan Rumi: Fain tawallau faqul hasbiyallaahu laailaaha illaa huwa alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyil azhiim.

129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”


Fadilat dan Kelebihan Surah at Taubah Ayat 128 dan 129

Daripada Abu Umamah RA., Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” – Hadis riwayat Muslim

  1. Rezeki bertambah– Wiridkan secara istiqomah 7 x sehabis solat maghrib, Insya-Allah rezeki akan lancar.
  2. Pendinding dari ilmu hitam– Baca 7 x sehabis solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam.
  3. Hajat terkabul– Baca 100 kali sehabis solat hajat, Insya-Allah percepatkan kabulnya hajat.
  4. Benteng diri– Lindungi diri untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.
  5. Perubatan– Dibacakan ke air, lalu tahan nafas sambil baca 2 ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk diminumkan kepada yang sakit.
  6. Jauhi sihir– Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain.
  7. Dimudahkan segala urusan– Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik, segala urusan dipermudahkan.
  8. Kesihatan – Diberikan umur panjang dan selalu sihat, insya Allah dan terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.

3. DOA PEMANIS WAJAH

Terdapat satu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki Nabi Yusuf (A.S), di mana ketika dirinya melalui kumpulan wanita yang sedang memotong buah-buahan, terhiris jari mereka dengan pisau kerana terpukau melihat ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf (AS) seolah-olah melihat berlian yang bersinar terang.

Doa di bawah hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan sapukan keseluruh wajah. Boleh diamalkan setiap kali sebelum keluar atau sebelum bertemu orang. Sebaik-baiknya diamalkan juga setiap kali selepas selesai solat fardhu.

Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi impian setiap wanita. Selain rawatan muka dan mengguna alat solek, anda juga boleh mengamalkan doa pemanis wajah agar diberikan kecantikan luaran dan dalaman.

Oleh itu, amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 sekiranya ingin wajah berseri-seri tanpa sebarang solekan di wajah. Ruginya kalau selama ini tidak pernah amalkan.

doa pemanis wajah

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ


Maksud: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

Selain mampu mengeratkan hubungan suami isteri, surah Yusuf ayat 4 juga boleh diamalkan untuk keluarga dan sahabat supaya hubungan kekal harmoni.


Lagi Satu Doa Terakhir,Doa Nabi Ibrahim A.S.

Nabi Ibrahim As ialah seorang nabi dan rasul yang wajib diketahui. Kisah hidup Nabi Ibrahim As banyak diceritakan di dalam al-Quran, antaranya kisah Nabi Ibrahim dijilat api oleh Raja Namrud, kisah penyembelihan Nabi Ismail As dan penemuan Mekah dan ibadah haji, juga kisah dakwah Nabi Ibrahim As kepada kaumnya sehingga baginda memecahkan berhala-berhala di Babylon untuk menyedarkan keesaan Allah kepada kaumnya.

Doa Dikurniakan Zuriat dan Keturunan Yang Taat Menunaikan Solat

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Bacaan rumi: Rabbij’alnii muqiimasholaati wamin dzurriyyatii rabba wataqabbal du’aai (40) Rabbanaghfirlii waliwaa lidayyaa walilmukminiina yauma yaqumul hisab (41)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunankanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. (Surah Ibrahim: ayat 40-41)

Semasa hidup baginda, banyak cabaran diharungi oleh Nabi Ibrahim AS tetapi baginda tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah SWT termasuk doa untuk ketaatan buat diri baginda dan keturunan baginda.

Doa ini bertetapan dengan anjuran mengerjakan solat, selain dikurniakan zuriat yang soleh. Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Suruhlah anak kalian solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berusia 10 tahun jika mereka meninggalkan solat! Dan pisahkanlah tempat tidur anak lelaki dan perempuan.”.

Walau bagaimanapun, berdoalah dengan ikhlas dan niat yang baik. Percaya bahawa Allah S.W.T akan mengabulkan doa hambaNya pada waktu yang tepat. InsyaAllah.

Semoga doa doa ini akan memberi manfaat dan meraih imbalan yang akan membentuk dividen kita di akhirat kelak. Amin.

Adakah anda mencari platform untuk mentransformasikan diri anda untuk menjadi seseorang yang lebih hebat?

JOM SERTAI Group Siti,bestt ooo,tak buat bisness pun ada saja ilmu yang kita boleh amalkan.


Jom .....

Anda boleh layari website Shaklee DAFTAR SINI untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun

Whatsapp Siti di sini dan Siti akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: Siti Hajar

Whatsapp: 0104515320 Klik Sini

Page FB:SITIMAN772

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Kepala Batas,Pulau Pinang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_ Sitiman772 :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan KLIK SINI



#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...