Saturday 27 May 2023

KATA KATA MOTIVASI MAKANAN UNTUK TENANGKAN JIWA

KATA KATA MOTIVASI MAKANAN UNTUK TENANGKAN JIWA
29 MEI 2K23
by SITIMAN772

Assalaamualaikum kengkawan,semoga sihat hendaknya. Bertemu lagi kita harini,terima kasih yang sudi singgah blog Siti.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis lagi,kali ni nak bagi kata kata motivasi dan semangat pulak.

Kejayaan – Kita nampak orang punya kejayaan. Kita nampak orang punya senyuman. Tapi, kita tak nampak betapa susahnya orang itu nak sampai ke tahap itu.

Bagaimana ingin berjaya sekiranya kita terlalu memikirkan kegagalan.

Bersyukurlah ketika merasa lelah, tidak semua orang mampu sekuat.

Jangan menyerah, kebahagiaan akan hadir setelah lelahmu.


Hidup ini adalah perjuangan, saat kita sudah mencapai di puncak sebuah gunung, maka akan ada gunung yang lebih tinggi untuk kita taklukki.

Hidup adalah perjalanan yang harus dilalui, tidak peduli seberapa buruk jalan yang harus dilewati.

Setiap detik dalam hidup adalah perjalanan, setiap perjalanan adalah pelajaran.

Semua masalah pasti akan berlalu dan berganti dengan kebahagiaan. In sya Allah.


Tak peduli bagaimana kerasnya kehidupan kita di masa lalu, kita mampu untuk memulakannya kembali.

Bersyukur, bersyukur, dan bersyukur kerana bersyukur ialah kebahagiaan sejati.

Apa pun yang sedang kita lakukan, maka lakukanlah dengan sebaik mungkin.

Jangan hanya kerana kesibukan, kita lupa ibadah dan keluarga.



Kata kata motivasi -Pernah tak ada kalanya kita berasa lemah dan kurang cergas untuk melakukan aktiviti harian? Tidak kiralah malas bekerja atau tak rajin nak siapkan kerja di rumah. Pasti semua pernah merasainya kan.

Sampai satu tahap mungkin ada juga yang mencapai tahap ingin menyerah kalah dan mengganggap hidup ini sebuah perjalanan yang tiada makna.


Ombak itu tidak besar…. hanya perahu yang kecil. Maka, jangan hanya minta diringankan ujian, tetapi pintalah dikuatkan iman.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan diluar kemampuan orang lain. Malah, tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.


Kes Kemurungan di Malaysia Meningkat!

Tahu atau tidak, kes kemurungan di Malaysia semakin tahun semakin meningkat. Hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019.

Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kajian NHMS pada 2017 juga mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan trend bagi idea bunuh diri iaitu 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012, lapor Harian Metro.

“Rata-rata masyarakat terkesan emosi seperti kebimbangan, ketakutan, pengasingan (isolasi), ketidakpastian serta tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan. Ini termasuk mereka yang bekerja menghadapi risiko akibat kehilangan pekerjaan, kehilangan mata pencarian dan kekangan kewangan.”

Ya Allah…. peluklah aku hingga hatiku boleh merasa tenang dan damai. Hapuskan air mataku hingga aku boleh merasa sabar dan ikhlas.

Ya Allah, peluklah aku sekejap. Hingga hilang lelah dan sedihku.

Ya Allah, tuntunkan hambamu ini agar selalu berusaha dengan lebih baik, selalu ikhlas dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Ya Allah, aku yakin bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Beri aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah dariMu. Aaaminn YA RABBALAAALAMINNN.


Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah hanya minta kita sabar dan solat.

Orang yang berjaya sentiasa mencari jalan supaya matlamat mereka menjadi kenyataan. Buat tanpa alasan, tidak mengeluh atau menyalahkan sesiapa.

Salah satu rezeki dari Allah adalah kita dikelilingi oleh orang-orang yang baik, solleh dan sollehah.

Kejayaan itu tercipta hasil dari kegagalan. Jangan kita kecewa jika gagal, kerana kegagalan itu adalah permulaan untuk menempuh kejayaan.


Orang berjaya dapat mengawal pagi harinya dengan senyuman. Semoga segala urusan akan dipermudahkan.

Doaku hari ini: Tuhan, berikan aku keberanian, kesabaran dan keikhlasan untuk menghadapi setiap ujian dan sulitnya kehidupan.

Tidak ada satu ubat yang boleh menyembuhkan penyakit hati, kecuali keikhlasan.

Sabar itu pahit. Jujur itu pahit… dan ikhlas itu tersangat pahit. Namun, semua yang pahit menyembuhkan segala macam penyakit.


Embun tidak memilih tempat dia muncul. Walau sesat, hadirnya tetap menyegarkan.

Ikhlas itu tak tertulis kata, tak terdengar suara dan tak terlihat gaya. Ikhlas itu di dalam hati. Tidak perlu untuk dihebohkan untuk mendapat perhatian.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Maka, yakinlah bahawa walau apapun itu, selalu ada hikmah di sebalik perancanganNya.



BANGKITLAH!

Jangan putus harapan. Terapkan dalam diri kita dengan KATA KATA MOTIVASI  yang mampu membakar semangat juang kita.

MOTIVATION adalah sesuatu yang dapat memberikan dorongan, input positif, dan memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang telah dirancang dan ingin dicapai.

Jangan terlalu memikirkan masa hadapan yang terlalu jauh kerana hidup mesti diteruskan. Apa yang penting adalah melihat realiti pada hari ini untuk kita cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Walaupun kegagalan dapat membuat kita jatuh putus asa, kita mesti bangkit semula.

Oleh itu, Siti nak berkongsi untuk anda tentang kata-kata semangat dan motivasi untuk hidup penuh inspirasi. Ia juga dapat mengajar kita untuk tidak mudah menyerah kalah. Mari kita baca satu persatu kata-kata semangat ini untuk memberi kita kekuatan dan motivasi dalam apa jua keadaan.

100 Kata-Kata Semangat Dan Motivasi

1) Anda memiliki dua pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.

2) Anda menjadikan dunia ini lebih baik dengan anda sendiri menjadi lebih baik.

3) Anda menuai apa yang anda tanam.

4) Anda merupakan jurutera masa depan anda.

5) Anda tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri anda. Namun anda boleh mengawal sikap anda apabila sesuatu perkara terjadi.

6) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

7) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

8) Anda tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap 24 jam sehari. Apa yang perlu anda lakukan ialah menguruskan diri anda sendiri.

9) Anda yang menentukan sama ada diri anda menjadi bertambah kuat atau lemah.

10) 20 tahun dari sekarang, anda akan kecewa dengan perkara yang tidak anda lakukan berbanding dengan perkara yang telah anda lakukan.

11) Adalah mustahil untuk anda melihat dengan jelas apakah halangan apabila anda mula bertindak untuk mencapai matlamat anda. Selagi anda dapat melihat dengan jelas matlamat anda pada masa sukar, anda akan terus bertindak.

12) Anda akan jauh lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara yang orang lain tidak mahu lakukan.

13) Anda akan miliki apa yang anda inginkan sekiranya anda sanggup berkorban.

14) Kebahagiaan itu simple. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini dan jangan sesekali dengki terhadap kejayaan orang lain.

15) Biarkanlah senyumanmu yang mengubah dunia. Tetapi, jangan pernah biarkan dunia yang mengubah senyumanmu.

16) Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.

17) Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan.

18) Jika kau berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulai lah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.

19) Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.

48) Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.

49) Tuhan tak akan gagalkan kita tanpa sebab. Tuhan gagalkan kita untuk hubungkan kita dengan sesuatu kejayaan yang lain, sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan.

50) Anggap saja ujian yang kita lalui sekarang ini adalah untuk memberi kita pengalaman hidup. Tanpa ujian, tanpa pengalaman, kita tidak akan tahu ertinya kehidupan.

51) Orang-orang berjaya pada mulanya bermula dengan sebuah harapan dan impian. Demi harapan dan impian itu, mereka mula berusaha membuktikannya sehingga mencapai kejayaan dan impian menjadi realiti.

55) Bermimpilah setinggi mungkin. Lalu berusahalah dalam diam tanpa perlu bercerita tentang kerja keras kau kepada orang lain. Abaikan segala drama yang ada disekeliling hidup kau. Biar suatu hari nanti kejayaan kau yang buktikan siapa kau suatu hari nanti.

56) Bermimpilah di malam hari, supaya keesokan harinya kamu bersemangat untuk mewujudkannya.

57) Tidak perlu menceritakan rencanamu kepada orang lain. Cukup tunjukkan mereka hasilnya.

58) Gagal itu biasa. Tanpa kegagalan kita tidak akan merasa kemanisan dalam kejayaan.

59) Apabila kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik tetapi hasilnya adalah kegagalan, percayalah bahawa Tuhan berbangga dengan kita kerana mampu bersabar.

60) Cipta pelan untuk mencapai matlamat anda sama ada anda bersedia atau tidak untuk bertindak mengikut pelan anda.

61) Jarak antara mimpi dan kenyataan disebut tindakan.

62) Jika satu mimpi jatuh dan pecah menjadi ribuan keping, jangan pernah takut untuk mengambil salah satu dari kepingan itu dan mulai lagi

63) Orang yang bahagia bukanlah orang yang berada dalam situasi tertentu, melainkan orang yang memiliki perilaku tertentu

64) Terkadang kita diuji bukan untuk menunjukkan kelemahan kita, tetapi untuk menemukan kekuatan kita.

65) Percayalah pada diri sendiri, hadapi tantangan, gali potensi di dalam dirimu untuk menaklukkan ketakutan. Jangan biarkan siapa pun menjatuhkanmu. Kamu harus terus maju.

66) Elakkan membuang masa untuk menjadi lebih baik daripada orang lain. Apa yang penting ialah anda menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri.

67) Fikiran anda menentukan tindakan anda. Tindakan anda menentukan tabiat anda. Tabiat anda menentukan kehidupan anda.

68) Hanya satu perbezaan di antara orang yang berjaya dan gagal iaitu orang yang berjaya tidak berputus asa.

69) Hampir semua orang yang gagal mencapai matlamat berpunca kerana tidak mengambil tindakan yang pertama untuk mencapai matlamat mereka.

70) Impian anda memberikan anda peluang untuk menjadikannya realiti. Anda hanya perlu mengenal pasti peluang yang muncul dan ambil tindakan.

71) Kehidupan bukan satu perlumbaan. Lakukan yang terbaik setiap hari.

72) Kejayaan bukanlah untuk di kejar. Ianya merupakan tarikan untuk anda mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.

73) Kejayaan tidak di ukur dengan kedudukan anda. Kejayaan di ukur oleh sebanyak mana halangan yang telah anda berjaya atasi.

74) Ketika anda menghadapi masalah, berhati-hati terhadap risiko yang mungkin anda terima. Namun jangan lupa mengenal pasti peluang yang muncul.

75) Kualiti kehidupan anda di tentukan oleh sejauh mana komitmen anda untuk meraih kecemerlangan tanpa mengira bidang apa yang anda ceburi.

76) Kurangkan perancangan anda dengan menulis perancangan anda di atas kertas. Apabila ianya siap, anda menyediakan peta untuk diri anda sendiri.

77) Lakukan apa yang anda mampu walaupun mustahil untuk anda mencapai matlamat anda sekarang. Anda tidak tahu ke mana tindakan anda akan membawa anda.

78) Masa lebih berharga daripada wang. Anda boleh mencari lebih banyak wang tetapi anda tidak dapat mencari lebih banyak masa.

79) Jatuh cinta pada dirimu adalah rahasia pertama menuju kebahagiaan.

80) Menjadi berani berarti mengetahui bahwa ketika kamu gagal, kamu tidak gagal selamanya.

81) Apabila anda hidup untuk tujuan yang kuat, maka bekerja keras bukan pilihan. Ianya satu keperluan – Steve Pavlina

82) Ini adalah rahsia kehidupan sebenar – benar-benar apa yang anda lakukan sekarang. Sekiranya apa yang anda lakukan tidak berhasil, anda hanya bermain-main. – Alan Watts

83) Perlawanan yang saya menang tidak mempunyai saksi – di belakang garisan, di gym, dan jalan di luar sana, jauh sebelum saya beraksi di bawah lampu itu. – Muhammad Ali

84) Tiada rahsia untuk berjaya. Ia adalah hasil dari persediaan, kerja keras, dan belajar dari kegagalan. – Colin Powell

85) Saya seorang yang yakin dengan tuah, dan saya mendapati lebih kuat saya berusaha, semakin banyak tuah yang saya dapat. – Thomas Jefferson

86) Sukar untuk mengalahkan orang yang tidak pernah berputus asa. – Babe Ruth

87) Bakat lebih murah daripada garam di meja. Apa yang membezakan individu yang berbakat dan yang berjaya adalah banyak kerja keras. – Stephen King

88) Saya telah gagal berulang kali dalam hidup saya – dan itulah sebabnya saya berjaya. – Michael Jordan

89) Jika anda bekerja keras dan memenuhi tanggungjawab anda, anda boleh maju ke hadapan, tidak kira dari anda datang, bagaimana rupa anda atau siapa yang anda suka. – Barack Obama

90) Biar saya beritahu rahsia yang membawa saya kepada kejayaan saya: Kekuatan saya hanya terletak pada ketabahan saya. – Louis Pasteur

91) Jika anda benar-benar mahu melakukan sesuatu, anda akan mencari jalan. Jika tidak, anda akan mencari alasan. – Jim Rohn

92) Orang yang berjaya terus bertindak. Mereka membuat kesilapan tetapi mereka tidak berhenti. – Conrad Hilton

93) Mengetahui tidak cukup; Kita mesti bertindak. Keinginan tidak cukup; Kita mesti berusaha. – Johann Wolfgang Von Goethe

94) Perbezaan di antara kehidupan anda sekarang dan kehidupan impian anda ialah apa yang anda lakukan setiap hari.

95) Jangan terganggu dengan kritikan. Ingatlah – satu-satunya kejayaan yang diperoleh oleh orang lain adalah berjaya mengkritik anda. – Zig Ziglar

96) Anda tahu anda berada di jalan menuju kejayaan jika semasa anda bertindak, anda tidak menerima bayaran untuk tindakan anda. – Oprah Winfrey

97) Walaupun anda tidak berbakat, anda boleh membuatnya dengan memiliki keinginan, berusaha keras dan memberi komitmen sebanyak 110% pada semua masa. – Don Zimmer

98) Apabila saya telah memutuskan sepenuhnya keputusan yang bernilai untuk diperoleh, saya pergi mendapatkannya, membuat percubaan dan percubaan, sehingga ia berhasil. – Thomas Edison

99) Satu-satunya tempat di mana kejayaan datang sebelum usaha adalah didalam kamus. – Vidal Sassoon

100) Lakukan apa anda mampu dengan semua sumber yang anda miliki dimana sahaja. – Theodore Roosevelt

“Jangan mudah mengalah dan terus bersemangat!”

Itulah kesemua 100 kata-kata semangat dan motivasi yang kita boleh ambil sebagai pembakar semangat.

Jadikan kata-kata semangat ini sebagai kunci kejayaan bagi teruskan usaha dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang putus semangat kerana diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan.

Kesimpulannya, membaca kata-kata motivasi merupakan perkara yang boleh membantu untuk menaikkan semangat kita.

Adakah anda mencari platform untuk mentransformasikan diri anda untuk menjadi seseorang yang lebih hebat?

JOM SERTAI Group Siti,bestt ooo,tak buat bisness pun ada saja ilmu yang kita boleh amalkan.


 Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Anda boleh layari website Shaklee DAFTAR SINI untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun

Whatsapp Siti di sini dan Siti akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: Siti Hajar

Whatsapp: 0104515320 Klik Sini

Page FB:SITIMAN772

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Kepala Batas,Pulau Pinang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_ Sitiman772 :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan KLIK SINI



#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.




No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...