Thursday 27 July 2023

VITAMIN E UNTUK CANTIKKAN KULIT

VITAMIN E UNTUK CANTIKKAN KULIT
by SITIMAN772
27 JULAI 2K23

Assalaamualaikum kengkawan,terima kasih la singgah blog Siti.

Jom kali ni cantikkan kulit dengan VITAMIN E

Semua wanita pasti suka kepada kecantikkan,Siti pun tak kurangnya nak juga kelihatan cantik🤭🤭.

Kalau nak cantik dan sihat kena la amalkan pemakanan dan supplemen kesihatan yang sihat secara semulajadi. Entri kali ni Siti nak cerita pasai VITAMIN E ya kengkawan.

Apa itu Vitamin E?

Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin larut-lemak. Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi. Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.

Sumber Makanan yang mengandungi Vitamin E

Sumber Makanan mengandungi Vitamin E

  •  Minyak sayuran 
  • Sayuran berdaun hijau gelap 
  • Kekacang
  • Biji-bijian dan semua bijirin. 
  • Beras perang 
  • Jagung 
  • Telur 
  • Rumpai laut 
  • Susu 
  • Oat 
  • Kacang soya 
  • Ubi kentang 
  • Gandum 

Tips Memilih Supplement Vitamin E yang Terbaik

Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller : 

  1. Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan).
  2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
  3. Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.

Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 

Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 


Semua orang nak share pasal kebaikan Vitamin E, kelebihan dan manfaat pengambilan Vitamin E. Hari-hari cerita mengenai Vitamin E Shaklee.
Best ek Vitamin E Shaklee tu???


Meh kita rikki sikit pasal VITAMIN E SHAKLEE ni..

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Ia diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama & delta) dan ini menjadikan Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yg paling lengkap dan semula jadi di pasaran.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dgn lebih baik, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.


Keistimewaan Vitamin E Shaklee

 Satu Kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 

  • 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 
  • 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin yang tinggi antioksidan yang mana membantu untuk mengurangkan masalah selular dalam badan. Sebotol Tahan 4 Bulan. 

Vitamin E Shaklee terkenal sebagai  vitamin cantik. Vitamin E bagus untuk mereka yang inginkan kulit lebih cantik, lebih licin, dan awet muda sentiasa.

Bersifat anti-penuaan, ia dapat mengurangkan garisan halus, tanda penuaan pada wajah.



Membantu memudarkan/mengurangkan parut dan masalah jerawat.Memperbaiki peredaran darah lalu menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat.

Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat.


KELEBIHAN & KEBAIKAN VITAMIN E

1/ Mencegah penyakit jantung
2/ Memperbaiki peredaran darah
3/ Memelihara pembekuan darah
4/ Menguatkan dinding kapilari
5/ Mengurangkan tekanan darah
6/ Meningkatkan metabolisme
7/ Merendahkan kadar kolesterol
8/ Melindungi struktur membran dari rosak
9/ Mencegah penyakit katarak
10/Meningkatkan prestasi ahli sukan
11/Mengurangkan masalah kekejangan otot
12/Mengekalkan kesihatan saraf
13/Merapatkan dan menghangatkan hubungan intim suami isteri


14/Meningkatkan pengeluaran air mani dikalangan lelaki
15/Membantu dlm pengeluaran kuantiti sperma yg berkualiti
16/Membantu dalam masalah kesuburan
17/Mengurangkan risiko kanser prostat
18/Melambatkan penuaan
19/Membantu menjaga kualiti sel kulit
20/Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat & tompok hitam
21/Membantu mengekalkan kesihatan kulit & rambut


22/Mencegah anemia
23/Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer
24/Menghalang masalah keguguran bayi dlm kandungan
25/Mengekalkan struktur paru-paru, hati & sel darah merah
26/Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual

Korang nak tahu dak???

Khasiat 1 kg benih gandum , 500ml minyak safflower , 8 kg bayam , 500g badam = 1 kapsul VITAMIN E SHAKLEE (400IU vitamin E semulajadi)

Dan 1 kapsul tu dah cukup sebagai supplemen harian kita.

Larat ke nak telan 8kg bayam hari-hari?? Badam lagi. Campur pula benih gandum. Takkan nak telan benda yang sama jer hari-hari?? Kompom muak uolls. Kita ni bukan popaye. Ye dak??

Dah tu nape perlu susahkan diri lagi?? Telan jer sebiji Vitamin E Shaklee sebelum tidur. Terbaik korang boleh dapat manfaat darinya.


Memang salah satu fungsi vitamin E adalah ia merupakan anti oxidan yang sangat hebat. Ia berada dalam dinding sel,jadi untuk sistem imun yang kuat anda perlu tambah vitamin E. Untuk repair dalaman juga perlu vitamim E. Untuk cegah oxidasi cholestrol perlu vitamin E.Ujian ke atas 2000 peserta di China mendapati mereka yang amik 400iu sehari selama 2 tahun dapat mengurangkan risiko strok 75%.

Mereka ada masalah kulit seperti jerawat wajib tambah vitamin E..bagi mereka yang susah dapat baby vitamin E adalah wajib dalam set kesuburan.

Opps bagi set lelaki perkasa tambah coq troll dan zinc. Anda sendiri yang akan merasakan nikmatnya.

Parut cepat Hilang Dengan Vitamin E Shaklee

Tahukah anda bagi wanita, selepas berusia 20 tahun, penghasilan kolagen turun sebanyak 1% setiap tahun.

Disebabkan itulah kalau korang perasan, bila kita picit jerawat selepas berumur 20 tahun, dan ianya senang meninggalkan bekas.

Amat susah kesan itu hilang.

Ini kerana kolagen adalah kunci kepada ‘skin self wound healing’ dan penghasilan kolagen yang berkurangan melambatkan proses baik pulih kulit.

Jom Order Vita E Complex Shaklee

Macam mana nak dapatkan supplemen HEBAT ini?? Sekarang dengan Shaklee amat mudah. Segalanya dihujung jari anda.

Banyak sangat sangat kebaikan Vitamin E nie dan tak rugi cuba! 

Percayalah. Cuba try test ya

The power of Vitamin E.

Sila geogle apa hebatnya vitamin E 400iu Shaklee. Wajib cuba bagi yang nak cun,sihat dan power.

Sharing Is Blessing.

Sila hubungi Siti untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Siti. Penghantaran sekitar Kepala Batas,Bertam,Penaga dan kawasan sekitarnya.

Nak jadi sebahagian ahli team Siti?

Anda boleh layari website Shaklee DAFTAR SINI untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun

Whatsapp Siti di sini dan Siti akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: Siti Hajar

Whatsapp: 0104515320 Klik Sini

Page FB:SITIMAN772

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Kepala Batas,Pulau Pinang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_ Sitiman772 :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan KLIK SINI



#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.



1 comment:

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...