Friday 14 July 2023

KERJA DARI RUMAH YANG BANYAK PELUANG TERBUKA UNTUK YANG BERSEMANGAT KENTAL

KERJA DARI RUMAH YANG BANYAK PELUANG TERBUKA UNTUK YANG BERSEMANGAT KENTAL
by SITIMAN772
14 Julai 2K23

Assalaaamualaikum,

Alhamdulillah,terima kasih ya sudi singgah blog Siti.

Harini nak habaq, apa KERJA DARI RUMAH yang kita boleh buat bila ada masa terluang.

Kita hidup di zaman serba digital di mana ekonomi sedang berkembang, jadi inilah masanya untuk asah kemahiran dan bakat yang boleh membantu untuk kerja dari rumah.

Jadi, kali ni Siti akan kongsikan senarai kerja yang kita boleh buat dari rumah.

20 Kerja Sambilan Di Rumah

Bila duit tak cukup nak belanja bulanan, boleh jadi resah gelisah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau komitmen tinggi, mana nak cekau duit nak bayar pinjaman perumahan, kereta, kad kredit, atau pinjaman-pinjaman lain, betul tak?

Jangan risau sebab ada banyak sangat peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari di alam maya (tapi, jangan salah tempat pula), dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.

Antara 20 kerja tersebut adalah:

1. Penulis Bebas (Freelance Writer)

Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.

2. Pemasaran Afiliasi(Affiliate Marketing)

Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?

3. Pembantu Maya Peribadi  (Personal Virtual Assistent))

Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.
kerja dari rumah, kerja sambilan di rumah, kerja part time di rumah, bekerja dari rumah, kerja part time, kerja dari rumah yang boleh dipercayai, cara daftar foodpanda, cara daftar grabfood

4. Pereka Grafik (Graphic Designer)

Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada. Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun boleh.

5. Pereka Animasi (Animator)

Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.

6. Tutor Online

Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.

7. Perniagaan Makanan

Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?

8. Dropship

Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.

9. Perkhidmatan Pelanggan

Adakah anda mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan juga talian internet yang kuat? Anda boleh cuba untuk memohon kerja sebagai khidmat pelanggan dari rumah. Kerja ni pun dah boleh diuruskan dari rumah kalau anda dah tahu selok belok syarikat.
kerja dari rumah, kerja sambilan di rumah, kerja part time di rumah, bekerja dari rumah, kerja part time, kerja dari rumah yang boleh dipercayai, cara daftar foodpanda, cara daftar grabfood

10. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)

Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon, jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.

11. Copywriter

Kerja ni sesuai untuk mereka yang pandai menjual melalui penulisan. Kiranya apa yang anda tulis tentang sesuatu produk / servis akan menarik perhatian prospek.

12. Pengurus Media Sosial

Sekarang ni semua perniagaan nak dapatkan tarikan di media sosial. Kalau anda hebat mengurus konten media sosial, inilah kerja sambilan yang boleh anda cuba. Dapat syarikat besar atau femes, boleh tahan bayarannya, tau!

13. Pengulas Produk (Product Review)

Siapa yang berpengaruh dan ramai pengikut (follower) di media sosial boleh ambil peluang untuk jadi pengluas produk berbayar. Lagi ramai pengikut, lagi tinggi bayaran anda boleh dapat.

14. Pengaturcara Komputer (Programmer)

Kadang-kadang satu bahasa programming seperti Ruby pun dah cukup untuk anda mendapatkan kerja sebagai programmer dalam talian. Sebagai pakar, anda boleh mendapat bayaran tinggi dan caj ikut jam.

15. Penterjemah (Translator)

Kalau anda fasih dalam dua bahasa atau lebih, kemungkinannya anda boleh dapatkan kerja untuk terjemah dalam bahasa tersebut. Di Malaysia sekarang pun banyak syarikat yang dah mencari penterjemah untuk laman web, artikel, dokumen dan pelbagai lagi.
kerja dari rumah, kerja sambilan di rumah, kerja part time di rumah, bekerja dari rumah, kerja part time, kerja dari rumah yang boleh dipercayai, cara daftar foodpanda, cara daftar grabfood

16. Pembangun Web (Web Developer)

Boleh kata semua syarikat, baik yang baru atau lama, akan perlukan laman web. Jika anda mempunyai kepakaran untuk membangunkan laman web dari awal, pasti mudah untuk bersaing dengan yang lain.

17. Youtuber

Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.

18. Pembangun Aplikasi Mudah Alih (Mobile App Developer)

Kemahiran ni adalah salah satu industri yang tengah panas membangun sekarang. Anda boleh cari kerja di syarikat secara online ataupun buat aplikasi sendiri yang menarik seperti aplikasi permainan atau pembelajaran.

19. Editor Video

Kerja editor video memang senang buat dekat rumah sebab perlukan software Kalau ada semua kelengkapan dan anda boleh hasilkan video yang menarik, sangat senang untuk dapatkan kerja.

20. Pengulas Buku

Kerja ni memerlukan kemahiran bahasa dan analisis yang baik. Sebabnya, ia masih baru di Malaysia dan kebanyakan peluang wujud di luar negara. Kalau anda memang pencinta buku dan mahu cari duit lebih dengan buat review, apa kata tengok senarai syarikat yang memang sentiasa mencari pengulas buku sambilan ni.

Nampak tak betapa banyaknya peluang untuk yang nak bekerja dari rumah. Kalau anda boleh keluar rumah dan ada kenderaan yang bersesuaian, lagi bertambah lah kerja part time yang boleh dibuat.

Platform untuk cari kerja-kerja dalam senarai di atas pun dah tersedia online. Anda hanya perlu rajin meneroka dan tahu selok beloknya.

Bagi Siti,apa pun bidang yang diceburi jangan berputus asa,sentiasa berserah kepada Allah S.W.T bagi yang Muslim la kan. Allah akan sentiasa ada sekiranya kita dulukan Allah, Insya Allah.

Kalau nak lagi best dan dah terbukti berjaya boleh klik sini IDOLAKU. Sekodeng yer jangan tak sekodeng,banyak inspirasi boleh kita ambil. Hat mana baik ambillah,hat tak baik kita buang jauh jauh yaa.

Sebenarnya Siti dulu belajar PERAKAUNAN,terjebak kerja dalam bidang INSURAN. Ingatkan boleh la makan gaji sahaja tapi takdak rezeki. La ni buat sendiri dalam bidang INSURAN serta dah jadi AGENSI dah dan sambil -sambil tu berjinak dengan team SHAKLE dibawah MFMS.
        CTHAJAR EMPIRE ENTERPRISE



Nak jadi sebahagian ahli team Siti?

             TEAM YANG HEBAT


Anda boleh layari website Shaklee DAFTAR SINI untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun


Whatsapp Siti di sini dan Siti akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: Siti Hajar

Whatsapp: 0104515320 Klik Sini

Page FB:SITIMAN772

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Kepala Batas,Pulau Pinang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_ Sitiman772 :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan KLIK SINI



#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.







No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...