Tuesday, 25 July 2023

TIPS TRAVEL YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA

TIPS TRAVEL YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA
by SITIMAN772
23 JULAI 2K23

Assalaaamualaikum kengkawan,terima kasih singgah blog Siti ya.

Kali ni jom kita explore TIPS TRAVEL yang sangat awesome dan boleh la dikongsi bersama- sama.

Kalau tanya orang di sekeliling kita kebanyakannya mesti suka melancong. Siapa  tidak suka melancong kann. Boleh naik kapal terbang, jalan-jalan lihat negara orang, dan belajar budaya serta bahasa yang berbeza daripada negara sendiri. 


Sememangnya, memberikan pengalaman yang luar biasa dan bermakna kepada kaki travel. Tetapi, boleh dikatakan melancong bukanlah satu aktiviti yang murah kalau ingin dijadikan hobi dan juga perlukan ilmu yang secukupnya sebagai persediaan supaya tidak menghadapi masalah. Di sini Siti ingin kongsikan tujuh tips melancong yang perlu kita tahu sebagai persediaan rapi.  

1. Mengurus Bajet Perbelanjaan

Mengurus perbelanjaan adalah perkara utama dan sangat penting bagi mereka yang ingin pergi melancong, tidak kiralah sama ada di dalam negara atau di luar negara. Wang atau duit adalah sebab utama pelancong-pelancong ingin melancong ke serata tempat yang menarik di dunia, akan tetapi masalah berkaitan dengan wang sering berlaku bagi mereka yang tidak dapat menguruskan perbelanjaan ketika melancong dengan baik, masalahnya seperti jumlah perbelanjaan melebihi daripada jumlah wang yang dibawa.

Untuk mengelakkan hal sebegini terjadi, kita perlu merancang terlebih dahulu  kos perbelanjaan atau bajet yang ingin kita keluarkan ketika melancong. Selain itu, kita juga perlulah mengurus bajet dengan teliti. Mencatat barang- barang yang kita ingin beli ketika melancong supaya tidak membeli barang yang tidak berfaedah dan tidak berlakunya pembaziran di situ.


2. Membawa Pakaian yang Diperlukan Sahaja

Bagi mengelakkan kita membawa terlampau banyak bagasi ketika melancong, digalakan untuk membawa pakaian yang diperlukan sahaja, ketika melancong sudah tentu kita tidak mahu untuk membawa dan mengangkat beg atau bagasi yang banyak-banyak dan berat.

Jadi kita boleh membawa pakaian yang diperlukan dan bersesuaian dengan aktiviti yang akan kita lakukan semasa melancong. Untuk lebih mudah,kita juga boleh membawa backpacker bag yang lebih mudah digalas dan dibawa ke mana sahaja, jadi tidak perlu untuk mengangkat bagasi ketika melancong.

3. Download Aplikasi yang Memudahkan Perjalanan

Travel solo ataupun percutian backpackers merupakan satu trend yang amat popular pada masa kini. Jadi bagi mereka yang suka untuk bercuti secara solo mahupun berkumpulan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah sangat diingini.

Jadi untuk memudahkan perjalanan kita ketika melancong sama ada ke luar negara atau di dalam negara, kita boleh memuat turun beberapa aplikasi yang dapat membantu kita ketika bercuti.

Antara aplikasi yang boleh diguna pakai semasa melancong ialah Google Maps dan Waze , di mana ia dapat membantu mencari lokasi tempat yang ingini dituju. Selain itu, kita juga boleh menggunakan TripAdvisor bagi mengetahui tahap kepuasan sesuatu tempat pelancongan. Seterusnya,kita boleh menggunakan Google Translate atau Duoligo untuk membantu kita bercakap dengan orang tempatan semasa bercuti di luar negara.

4. Mengambil Gambar Pemandangan

Mengambil gambar merupakan perkara yang amat digemari oleh para pelancong semasa melancong sama ada mengambil gambar secara selfie atau secara berkumpulan. Jadi untuk tips keempat ini, disarankan untuk mengambil gambar pemandangan dahulu, tidak salah untuk mengambil gambar diri sendiri tetapi lebih baik mengambil gambar permandangan atau monumen destinasi pelancongan terlebih dahulu. Satu kerugian jika kita terlepas untuk mengambil gambar permandangan tersebut.

5. Simpan Dokumen Penting Dalam Satu Fail

Dokumen seperti passport, visa, tiket perlulah di masukan ke dalam satu tempat seperti fail atau di dalam beg supaya mudah untuk dibawa dan dicari. Hal ini adalah untuk mengelakkan tidak berlakunya kes seperti kehilangan passport dan juga lebih senang untuk mencari dokumen tersebut. Ia juga dapat mengelakkan kita daripada menjadi kelam-kabut terutamanya di lapangan terbang. 

6. Beli Tiket Flight Pada Waktu Yang Tepat

Sebelum pergi melancong, sudah semestinya kita akan membeli tiket kapal terbang terlebih dahulu. Anda juga perlu bijak semasa membeli tiket kapal terbang kerana kita mungkin akan mendapat harga yang lagi murah pada waktu tertentu jika kita bernasib baik seperti waktu tengah malam.  Boleh cuba sendiri tips ni!


7. Last but not least supplemen tambahan.

Ketika bercuti, biasanya kita akan menghadapi beberapa cabaran seperti:
  • ·         Perlu banyak bergerak atau berjalan ke sana-sini.
  • ·         Perubahan cuaca dan persekitaran
  • ·         Kurang rehat dan tidak cukup tidur
  • ·         Makan minum yang tidak menentu dan tidak seimbang
  • ·        Sembelit kerana kurang serat dan air dalam badan


Cabaran-cabaran ini mungkin akan mengganggu tahap KESIHATAN diri kita dan boleh menyebabkan kita jatuh sakit.

Disini Siti kongsikan antara suplemen/vitamin dari SHAKLEE dimana keperluan wajib dibawa ketika bercuti:

1)    Ostenutrix

Ostenutrix ini paling penting perlu ada semasa bercuti. Sebabnya kita perlukan tenaga dan tulang yang kuat bila travel. Confirm penat dan sakit badan serta kaki pun rasa nak tercabut kan.


Dalam ostenutrix ni ada kalsium, magnesium, vitamin D, mangan, boron yang sangat penting untuk otot kita. Magnesium di dalam ostematrix akan membantu melegakan otot-otot yang sakit. Ia juga membantu badan kita relaks (terutamanya bagi anda yang selalu alami kekejangan dan keletihan semasa travel) dan mendapatkan tidur yang berkualiti supaya dapat bangun pagi esoknya dengan cergas untuk sambung berjalan.

Ostenutrix ni juga bantu supaya kita tak sembelit sepanjang tempoh percutian. Best kan, bercuti dengan senang hati. Kalau bercuti sambil tahan sakit perut (akibat sembelit) memang tak selesa dan boleh mengganggu perjalanan percutian kita kan?

2)    Vivix

Botol VIVIX ni kecil sahaja, senang dibawa dan banyak manfaat terutama semasa bercuti. Bagaimana Vivix membantu semasa travel?


Vivix membantu meningkatkan stamina dan tenaga otot supaya kita kekal cergas untuk berjalan-jalan. Boleh dikatakan Vivix ini ibarat energy booster la. Vivix bertindak terhadap sel badan dan meningkatkan keupayaan mitokondria (iaitu pusat tenaga sel) bagi menghasilkan tenaga kepada badan kita.

Vivix juga membantu memberikan kelegaan pada lutut. Kajian menunjukkan resveratrol (bahan utama dalam Vivix) berkesan dalam mengatasi masalah keradangan sendi. Jadi, sangat penting Vivix dibawa bersama semasa bercuti, kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi. Kemungkinan sakit sendi, tiba-tiba terseliuh ke kan. Nauzubillah, minta dijauhkanlah perkara buruk sepanjang tempoh percutian. 

3)    Vitamin Penguat Antibodi

Badan yang kuat sukar untuk jatuh sakit kan. Macamana nak dapatkan badan yang kuat semasa bercuti? Secara asasnya, kita perlu kuatkan sistem imun badan kita dahulu barulah sukar untuk virus penyakit datang pada kita.


Salah satu cara kuatkan imun badan semasa bercuti adalah dengan NutriFeron sebagai immune booster. NutriFeron dapat mengelakkan diri kita daripada demam selsema dan pertahanan dari penyakit berjangkit.

Selain itu, satu lagi vitamin wajib penguat antibodi adalah Sustained Release Vita-C Plus. Bagi anak-anak, boleh bekalkan mereka dengan Chewable-C Plus, sepanjang tempoh bercuti supaya imun antibodi mereka kuat dan mengelakkan demam. Tentu memenatkan dan tidak selesa percutian jika anak demam kan. Terasa seperti mahu segera pulang berehat di rumah.   

Sebagai persediaan awal, kita juga boleh bawa Garlic Complex yang juga merupakan immune booster. Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang dapat membantu badan kita melawan serangan penyakit. Ia sangat disarankan terutama bagi anda yang ada masalah alahan termasuk alahan terhadap makanan laut (seafood).

4)    Vitalea

VITALEA merupakan multivitamin pertama yang berusia lebih 100 tahun. Ia berfungsi menambah tenaga segera supaya kita cergas sepanjang percutian.

5)    B-complex

B-Complex memainkan peranan dalam mengurangkan stres semasa travel terutamanya bagi ibu-ibu yang bercuti bersama anak-anak kecil. Macam-macam ragamnya.

6)    Krim Herbal Blend

Krim serbaguna Herbal Blend sangat penting untuk dibawa bersama semasa bercuti. Krim ini tanpa steroid dan selamat digunakan untuk mengelakkan sunburn dan boleh juga digunakan untuk anak-anak sekiranya terkena gigitan serangga atau ruam-ruam pada kulit anak. Krim ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja.


“Mencegah Itu Lebih Baik Dari Merawat”

Jadi, bagi yang merancang untuk bercuti bersama keluarga mahupun sahabat handai, di samping senarai kelengkapan diri, jangan lupa sertakan sekali senarai suplemen dan vitamin Shaklee sebagai persediaan kesihatan yang optimum sepanjang percutian.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan dapat di praktikkan apabila melancong nanti.

Selamat bercuti dan nikmatilah percutian dengan seronok tanpa gangguan kesihatan.

Untuk Pertanyaan dan order vitamin Shaklee untuk travel, boleh SMS/ Whatsapp/ Telegram +010-4515320(SITI)

Nak jadi sebahagian ahli team Siti?

Anda boleh layari website Shaklee DAFTAR SINI untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun

Whatsapp Siti di sini dan Siti akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: Siti Hajar

Whatsapp: 0104515320 Klik Sini

Page FB:SITIMAN772

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Kepala Batas,Pulau Pinang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_ Sitiman772 :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan KLIK SINI



#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...