Sunday 26 February 2023

9 SEBAB KENAPA COMMUNITY BISNES SHAKLEE NI SANGAT BEST





Assalaamualaikum,

Jom baca,

9 SEBAB KENAPA COMMUNITY BISNES SHAKLEE NI SANGAT BEST

Yang pertama, ADANYA DOKTOR  YANG BERTAULIAH 

Pengasas Shaklee sendiri adalah seorang doktor. Dr. Forrest C. Shaklee dimana beliau ingin membantu orang lain untuk hidup lebih sihat dengan permulaan mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu  dengan falsafah LIVING IN HARMONY WITH NATURE adalah tunjang kepada semua yang Shaklee lakukan.

Dr. Forrest C. Shaklee.Pengasas, Shaklee Corporation 



Kajian landmark(The Landmark Study) diketuai oleh penyelidik terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California,Berkeley,merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen.

Dr. Gladys Block


Kajian Telemore (The Telomere Study) Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr.Elizabeth Blackburn adalah pemenang Hadiah Nobel dalam perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere.




 Yang Ke Dua, ADANYA R&D SENDIRI

Shaklee ada research & developmentnya sendiri dimana ada bangunan makmal sains dan para saintis yang sangat berpengalaman dalam menghasilkan sesuatu produk. Pihak Shaklee juga telah menanam lebih satu juta pokok diseluruh dunia dimana dapat mengimbangi sepenuhnya pengeluaran karbon untuk menjaga alam sekitar. Baguihkan Shaklee ni.

Yang ke tiga,LEBIH 1500 KAJIAN
Dalam penghasilan sesuatu produk pihak Shaklee juga membuat lebih 1500 kajian bagi melindungi dari kesan biasa peningkatan umur,obesiti dan tekanan. Dalam kajian klinikal awal,pengguna Shaklee yang mengambil Vivix dan suplemen Shaklee yang lain mempunyai kadar pemendekan telomere sebanyak 40% lebih rendah dalm lingkungan umur dewasa,berbanding kumpulan kawalan yang sihat.
TELOMERE



Yang ke empat, Ahli Nutrinist pun lawa lawa tau
Sebab itulah ada keyakinan untuk mencuba produk Shaklee ni,kalau tak percaya boleh jumpa di forum forum,kelas kelas nutrisi yang dianjurkan pihak Shaklee. Pengguna yang konsisten guna pun in syaa Allah akan dapat kesihatan yang baik dan extra kulit yang sihat. In syaa Allah.

Nutritionist Nurul



Yang ke lima UKHWAH
Bila berada dalam circle ni in syaa Allah akan terjalin ukhwah Tidak kira siapa kita sama ada orang baru atau lama pasti ada aura ukhwah tidak mengenal siapa kita.
Itu yang Siti suka percaya dengan konsep rezeki masing masing dapat berkawan dengan sahabat yang dari pelbagai kisah kehidupan dan kerjaya yang hebat dan dapat tip tips dari Master dan sahabat sahabat yang lain. 

 Yang ke Enam,MEWAH DENGAN ILMU MARKETING SALES DAN TIDAK LUPA AKHIRAT

Banyak ilmu marketing dan sales diberikan oleh para Master Master yang berada dalam community Shaklee ini. Kalau nak bahagia kejarlah Akhirat dulu baru dunia akan ikut kita,in syaa Allah
Yang bestnya ada juga team  berselawat beramai ramai secara didalam talian. Kalau tidak agak agaknya kita akan buat atau tidak. Berselawat tu memang berselawat sebab dalam solat pun sudah ada selawat,cuma nak pertambahan untuk bagi lebih kekuatan kepada diri kita sahaja sebab banyak cabaran oo dalam berbisnes ni. Akan ada jatuh bangun. Maka disinilah kita perlukan kekuatan untuk menaikkan balik semangat yang hilang itu. Haaa kan apa jua bisnes pun memang perlukan kekuatan dalaman dan luaran. Contoh KIEDA CREPE,kalau beliau tidak dok dalam circle iaitu keluarga,vendor vendor dan pekerja yang baik mungkin akan terbabas.




Yang ke Tujuh,SALING BANTU MEMBANTU

Dapat group Community Shaklee yang sentiasa support each others juga adalah bonus bukan sahaja untuk kepentingan sendiri, THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET BACK.Boleh saling mendoakan kejayaan bersama sama. Dalam Group Community Shaklee juga kita akan saling ingat mengingati sesama kita. Secara tidak langsung ahli team juga akan kurang bercakap tentang keburukan orang lain sebab sibuk dengan pengisian kelas kelas ROHANI untuk naikkan semangat,kelas kelas NUTRISI untuk tambahkan ilmu dan kelas kelas yang dianjurkan oleh Master Master yang sifu.

Yang ke Lapan,IDEA BARU
Para Master Master juga sentiasa berbincang dan memberi idea baru untuk membantu dan menolong sesiapa yang berada dibawahnya untuk menaik taraf hidup dengan lebih selesa seperti mereka kecapi. Alhamdulillah. Terima kasih banyak banyak atas effort para Master Master semua. kami semua sangat sangat hargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Aaaamiiinn. Ini contoh contoh Idea yang sangat bernas dari para Master Master yang Siti dapat kumpulkan.


MFMS adanya NOW EVERYONE CAN KURUS



Master AINUL dalam MOBILE SPA & BOTG



Master LAILA pula JOM DETOX JUTAWAN



Yang terbaru Master Norita dan Master Salwa group projek untuk naikkan gelombang
 #projekblogmegashaklee ini,



Yang tersangat istimewa semua orang dari group group lain boleh ja join. No problem.

Yang ke Sembilan and last point la,DAPAT CIRCLE YANG POSITIF
Dalam mana mana group pun kalau dapat circle yang positif ,Alhamdulillah. Secara automatik kita juga akan berfikiran positif. Tak dinafikan Group Community Shaklee memang semua positif dan tidak menindas sesama sendiri malah saling bantu membantu. Contoh vitamin diwebsite habis kan,boleh ja tanya group lain jika ada,diorang akan tolong kita bagi ada,kira tidak terputus la bekalan melainkan vitamin yang hot tu tak boleh nak kata apa la,letak ja habis disapu. lagipun sekarang kan musim panas lit lit.

Itu saja la yang Siti dapat rasakan sehingga dapat bertahan kehari ini bila berada didalam group Comunity Shaklee ni. Alhamdulillah. Terima kasih ya bagi yang telah membaca sampai habis, jangan lupa komen la sikit,tera nak boleh panjang camni kan. Ni link pertamaReview & Feedback

Jemput la baca sama ya 2 link ni kalau kalau nak lebih sihat la. Intermittent Fasting dan Set Kurus shaklee In syaa Allah.



#blogmegashaklee
#shaklethrive2023
#shakleethriumph2023
#sitiman772
#pengedarshakleekepalabatas0104515320
#akukayadanberjayadiduniadandiakhirat


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.




Saturday 25 February 2023

REVIEW & FEEDBACK PROJECT #BLOGMEGASHAKLEE 1.0

HARINI 26/2/2023 

Alhamdulilah. Baru ada kekuatan nak sambung balik dan last day nak submit pulak. Macam macam ujian dan cabaran kena lalui,apa apa pun ,Alhamdulillah.

Projek #blogmegashaklee 1.0 memang best dan diasaskan oleh Master Norita dan dibantu Master Salwa. Sambutan pun amat menggalakkan sehingga 200 peserta yang menyertainya. Pelbagai peringkat umur pulak tu yang join. Bestkan,masing masing nak belajar menulis.

Master Norita



APADIA PROJEK #BLOGMEGASHAKLEE 1.0?

Projek #blogmegashaklee 1.0 ni adalah projek menulis blog secara berjemaah dan bersama sama dalam scalar yang besar untuk membina gelombang penulisan yang berkaitan kesihatan dan permulaan yang baik bagi yang berjinak jinak dalam menulis blog.

Bila join projek #blogmegashaklee 1.0 nie banyak sangat ilmu yang dapat,dari tak tahu tentang blog dan dah berjaya buat sehingga ada kawan kawan baca dan bertanya pasal Shaklee. Boleh baca disini dua entry yang berkaitan Intermittent Fasting dan SET KURUS SHAKLEE.

Tawaran hadiah pun sangat sangatlah exclusif dan menarik sehingga banyak yang berminat nak sertainya. Selain itu dapat jugak berkenalan dengan side line yang sangatlah berkerjasama dengan tugasan yang dibuat.

Semoga Siti akan bertambah growth dengan shaklee dan berjaya pada masa akan datang.Siti nak join untuk projek akan datang sebab nak tambah ilmu yang lebih banyak In syaa Allah,sebab ilmu yang diberi sangat berguna dan mahal.

Dalam projek #blogmegashaklee 1.0 semangat untuk buat artikel blog macam lebih , berbanding kalau buat sendiri. Bila join projek #blogmegashaklee ni, dalam satu hari, cepat saje dapat idea. Kalau buat sendiri, mesti memakan dua hingga tiga hari baru nak siap satu artikel .

Kena istiqamah nak tulis blog ni ya,  sebab buat blog ni salah satu cara kita berkongsi,  di samping satu cara marketing. Dengan cara ini, dapat  paksa diri untuk tulis blog.

Dalam hati niat nak belajar tu mai serta merta dan juga nak dapatkan balik semangat untuk berkongsi manfaat. 

Yang bestnya,dalam projek #blogmegashaklee 1.0 ni Siti dapat circle positif yang sangat ramai. Bukan kenal pun tapi dapat peluang berkenalan dengan ramai orang. Ada yang dari Sabah dan Sarawak tau.

Dapat juga menimba ilmu dengan membaca link link blog kawan kawan. Ada kelas kelas untuk menambahkan lagi ilmu didada.

Salah satu kelas yang dianjurkan



Siti berasa sangat beruntung kerana berpeluang dapat join projek #blogmegashaklee dan sesungguhnya sangat sangatlah berharga. Terima kasih banyak banyak Master Norita dan Master Salwa untuk semua ini.

Memang best sangat tulis blog tau. Boleh bercerita apa apa yang kita mahu sampaikan. Mula mula tu macam tak percaya juga boleh tulis ni, hahaha tetapi  Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. 

Tujuan yang utama tu saja nak cuba tapi tak sangka pulak dapat juga rewards. Alhamdulillah

Pemenang yang tersenarai



Ok dah submit untuk redemption



Alhamdulillah, syarat nak masuk pun tak la tension sangat,nak tulis blog pun,Master kata buat santai santai jangan stress . Apa apa pun terima kasih banyak banyak atas idea yang terbaik ini. Ok lah jom kita sambung projek #blogmegashaklee 2.0 pula. In syaa Allah.

Sapa nak join mai kaih piyem Siti takpun nak tau vitamin shaklee ka,jangan malu malu nanti sesat jalan.

Projek #blogmegashaklee 2.0





#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#sitiman772
#akukayadanberjayadiduniadandiakhirat

Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Yang pasti semua kerana Allah A.W.T. Aaaamiinn









Tuesday 14 February 2023

SET KURUS SHAKLEE

Assalaamualaikum,
Jommm sapa sapa nak kurus,ada berita baik ni,siap ada harga set promosi lagi. Baguskan Shaklee,dia nak bagi semua orang kurus dengan lebih sihat.

Set Kurus Shaklee



Pilihan Set Kurus Shaklee Tinggi Permintaan

Set Kurus Shaklee juga antara set paling banyak customers suka order. Set kurus ini membantu memudahkan proses kuruskan badan dengan selamat dan berkesan.

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee? Ada banyak pilihan yang boleh kita cuba. 

Yang penting konsep untuk Set ini ada 3 iaitu:

  1. Buang toksin dengan agen detox - Alflafa atau Herblax



2. Bakar lemak - Lecithin atau Omega Guard





3. Bina otot / protein - ESP atau Cinch Shakle




Apa apa pun detox dulu badan untuk buang segala toksin. Banyak toksin juga antara sebab lambatnya berat turun. Kemudian, step untuk bakar lemak dengan lemak sihat. Ada Lecithin dan Omega 3 bagi membantu membakar dan memecahkan lemak dalam badan. 

Set Kurus Bina ni maksudnya kita amik protein untuk membantu membina otot. Maksudnya badan jadi sangat ideal, cantik tak ada lemak dan gelebeh. Bila otot banyak, badan dapat membakar lemak lebih baik dari badan yang ada banyak lemak. 

Boleh pilih nak minuman protein shake yang mana. Ada pilihan perisa dia. 

ESP - rasa soya vanilla
Life Shake - rasa elderberry
Cinch Shake - rasa coklat, latte dan vanilla

Ok , dibawah ni pulak Promosi Set Kurus HELLO NEW YOU. Yang menarik siap boleh dapat percuma lagi tu. Dan pastinya percuma postage juga! Siap terus dapat harga ahli bagi yang belum jadi ahli Shaklee. Kiranya tak perlu bayar yuran ahli dah.  



Dan tambahkan satu  lagi agent yang sangat best iaitu VIVIX yang sangat esklusif dan disukai ramai.


KHASIAT DAN MANFAAT VIVIX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN BADAN YANG MENYELURUH

Vivix adalah merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Badan kita sebenarnya mempunyai berbilion sel badan yang bertindak membina otot, organ dan tisu badan.

Kajian menunjukkan sel di dalam badan kita akan diganti lebih 300 bilion sehari dan 200 juta pada setiap minit.

Walaubagaimanapun, sel-badan kita berisiko mengalami kerosakan disebabkan oleh banyak faktor seperti rembesan radikal bebas di dalam badan yang berlaku akibat daripada gaya hidup kita seperti amalan pemakanan yang tidak sihat, tekanan hidup, kekurangan tidur, kurang bersenam dan sebagainya.

Sel-sel badan yang rosak ini jika tidak dirawat akan membawa kepada berbagai masalah penyakit kronik seperti kanser, masalah jantung, kerosakan buah pinggang, diabetes dan lain-lain.

Jadi, kandungan serta ramuan Vivix yang hanya menggunakan bahan semulajadi dan sangat tinggi dengan antioxidant mampu meningkatkan tahap kesihatan dan membantu mebaiki sel badan yang rosak hingga ke peringkat DNA.





Nah inilah 10 manfaat POLIFENOL





Cara Makan Set Kurus Shaklee Yang Betul

Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, dinasihatkan dapatkan cara makan Set Kurus Shaklee yang betul dari pengedar-pengedar Shaklee yang sah dan bertauliah. Siti ada menyediakan konsultasi percuma tentang produk-produk Shaklee dan cara pengambilan produk shaklee yang betul yang bersesuaian dengan anda.

Dengan cara makan set kurus shaklee yang betul, akan dapat membantu mencapai berat badan yang ideal dengan cara yang lebih sihat.

Sedikit Tips untuk lebih mudah dan cepat turun berat badan:

  • 1. Elakkan pengambilan gula putih/pasir, susu pekat, makanan dan minuman manis. Elakkan daripada ambil minuman yang mengandungi susu pekat sepeti teh ais, Milo ais, air manis . Gula adalah penyebab utama kenapa ramai yang susah nak turunkan berat badan.
  • 2. Elakkan makanan berproses (refined/processed food) seperti burger, sausage, makanan dalam tin dan kurangkan makanan yang tinggi kadar karbohidratnya seperti nasi, biskut, makanan berasas tepung.
  • 3. Lebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dalam diet pemakanan dan sebagai snek diantara waktu makan. Bekalkan dengan makanan tambahan dan supplemen untuk bantu cukupkan nutrisi semasa proses penurunan berat badan seperti set kurus shaklee yang paling berkesan yang bersesuaian dengan keperluan badan anda.
  • 4. Exercise secara rutin 3-4x seminggu. Recommended buat 3 cara exercise mudah yang boleh dibuat dirumah seperti Plank, Army Plank dan Junges. Ada juga exercise yang lain yang sangat mudah dibuat dirumah.




PERHATIAN: Cepat atau lambat turunnya berat badan adalah bergantung kepada disiplin diri. Penurunan berat badan juga sangat bergantung kepada 80% daripada cara diet pemakanan kita dan 20% lagi daripada exercise dan tidur yang berkualiti. Pastikan ketiga-tiga elemen penting ini untuk percepatkan turunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Dengan pemakanan yang sihat disamping pengambilan set kurus Shaklee akan membantu pengawalan berat badan yang lebih cepat dan dapat berat badan yang optimum kerana set kurus Shaklee membantu membekalkan nutrisi-nutrisi yang penting untuk badan mampu berfungsi ke tahap yang lebih tinggi.

Makan dengan bijak, hidup dengan sihat. Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat tersebut. Jika ingin menurunkan berat dengan berkesan, inilah caranya. Pilih lah Set Kurus Shaklee.


SET KURUS SHAKLEE juga dapat membantu kita kekal lebih sihat apabila kita mengamalkan diet INTERMITTENT FASTING.


ok. Jom boleh ja nak skodeng lagi link yang berkaitan set ni SET KURUS SHAKLEE.


Ni link wasap Siti ya

www.wasap.com.my/+60104515320/SETKURUSSHAKLEE



#ProjekBlogMega

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#Sitiman772

#PengedarShakleeKepalaBatasPulauPinang

#Readystock


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.




Thursday 9 February 2023

INTERMITTENT FASTING


Pernah Dengar Kan Intermittent Fasting?  Cara Diet Dengan Berpuasa, Untuk Kurus Dan Lebih Sihat

9hb februari 2023 Assalaamualaikum. Jom kita check it out pasal Intermittent Fasting. Kalau tak salah Siti la,banyak jenis diet di luar sana boleh dicuba untuk kekal kurus,diantaranya diet IF. Apa tu intermittent fasting dan bagaimana cara diet intermittent fasting?

Apa itu intermittent fasting?



Intermittent Fasting merupakan tempoh berpuasa pada masa yang sama setiap hari ataupun minggu.Intermittent fasting juga bukanlah satu diet yang boleh diikuti oleh semua orang. Ia mungkin sukar pada mulanya.Tetapi, apabila badan telah menyesuaikan diri, kita akan kurang rasa lapar dan lebih mudah mengawal nafsu makan.

Selain itu, ada juga individu yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent fasting. Amalan mengurangkan makan tidak baik untuk ibu mengandung ataupun mereka yang mempunyai masalah batu karang,gastrik atau diabetes.

Untuk pengetahuan semua, Intermittent Fasting (IF)ini amat berkesan jika kita berhenti makan pada siang hari dan elakkan mengambil apa-apa makanan pada waktu malam, termasuklah snek.

Intermittent Fasting (IF) ni bukan sahaja diminati individu beragama Islam malah individu beragama lain tau. IF juga sangat terkenal di Eropah,terutama dalam kalangan para atlet dan selebriti. Tak kurang juga kat  Malaysia, IF sering menjadi tajuk yang sensasi di media sosial dan media massa yang lain. 

Lihat sahaja contoh selebriti LISA SURIHANI yang berjaya buat IF,bukan saja sihat malah terserlah kecantikkannya. Subhanallah.


IF sangat lah berbeza dengan diet yang lain - seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh - diet jenis ini lebih berfokus dalam mengatur menu diet dan jenis makanan diet. Konsep diet seperti ini memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti. Oleh itu, Siti rasa konsep ini agak membebankan bagi sesetengah pihak. 

Sebaliknya, Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Bukan itu sahaja, malah tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.



Bagaimana Intermittent Fasting Diamalkan? 

IF ni membahagikan rutin seseorang kepada dua tempoh waktu. Tempoh waktu itu terdiri dari fasa makan dan fasa berpuasa. Tidak ada menu Intermittent Fasting yang khusus, namun amat disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, kita juga perlu bersenam, bersukan, berkebun atau melakukan aktiviti fizikal yang lain agar kekal sihat dan cergas. 

Bagi tempoh fasa berpuasa, 

  • Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai tempoh fasa berpuasa. 
  • Kita hanya boleh minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi susu mahupun gula. 
  • Sesetengah kaedah akan menghadkan jumlah kalori harian kita.
  • Kita digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Bagi tempoh fasa makan,

  • Kita digalakkan untuk makan dan minum sebanyak 3 kali/sesi dalam tempoh 4-16jam tersebut.
  • Makanan dan minuman yang sihat dan seimbang perlu diutamakan (contoh. salad & jus buah-buahan).
  • Kita digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak. 
  • Kita digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang diproses dari kilang.

Melalui kaedah diet IF ini, kita hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, kita akan berpuasa.Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh kita membakar lemak dengan lebih cepat.

Ada bermacam jenis intermittent fasting yang boleh kita amalkan

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau jenis dalam intermittent fasting yang boleh kita amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan kita untuk melakukannya.

Antara jenis-jenis intermittent fasting ialah:

Cara diet intermittent fasting 1: Overnight fasting

Kaedah diet IF berpuasa ini lebih menyerupai kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagi kaedah diet IF ini, kita memerlukan berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

Kaedah diet IF ini kan Siti rasa paling sesuai untuk mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan IF dan ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.

Cara diet intermittent fasting 2: Time-restricted fasting

Kaedah diet IF ini juga lebih mirip dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang.Bagi kaedah ini, kita tidak boleh makan atau perlu berpuasa dalam tempoh antara 14 hingga 16 jam dalam sehari.

Cara diet intermittent fasting 3: Whole day fasting

Kaedah diet IF ini bermaksud kita berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika kita berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna kita hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari. Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya.

Cara diet intermittent fasting 4: Alternate day fasting

Kaedah diet IF ini membenarkan kita untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini kita boleh makan, manakala pada hari esok kita berpuasa.Ia kemudiannya diselang-selikan pada hari-hari yang berikutnya. Pada hari kita perlu berpuasa, kita hanya boleh mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja.

Cara diet intermittent fasting 5: Skipping meals fasting

Kaedah diet IF ini bermaksud bahawa kita berpuasa melangkau waktu makan. Sebagai contoh, jika sebelum ini kita  mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka kita akan skip beberapa waktu makan tersebut. Ini menjadikan kekerapan kita untuk makan dalam sehari semakin berkurangan.

Cara diet intermittent fasting 6: Choose-your-day fasting

Kaedah diet IF ini membolehkan kita berpuasa pada hari dan waktu yang kita mahukan. Kita juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini.Ia adalah 100% mengikut kemampuan dan kehendak kita bagaimana kita ingin berpuasa.

Cara diet IF ke-7: 5:2 fasting

Kaedah diet IF ini memerlukan kita untuk mengikuti nisbah 5:2 ketika berpuasa. Ini bermaksud, hari makan kita adalah lima hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu.Pada hari kita berpuasa, kita hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari.

Bagaimana pula cara diet IF ini menurunkan berat badan?

Kebanyakan orang faham tentang konsep makan sedikit untuk menurunkan berat badan.

Makan sedikit bermaksud kalori yang diambil juga berjumlah sedikit. Oleh sebab itu, badan akan membakar lebih banyak lemak untuk membekalkan tenaga kepada badan.

Makanan yang kita ambil akan dipecahkan oleh enzim di dalam perut dan berakhir sebagai molekul kecil di dalam saluran darah.Kemudiannya, semua molekul ini akan dipecahkan menjadi gula dan ditukarkan pula kepada tenaga untuk digunakan sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, jika gula ini tidak digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Tetapi, untuk disimpan sebagai lemak, badan memerlukan hormon insulin untuk membawa molekul gula tersebut untuk disimpan.

Jika kita tidak mengambil sebarang makanan dalam satu jangka masa yang panjang, tahap insulin dalam badan akan menurun. Disebabkan ini, sel lemak akan mula melepaskan gula dalam simpanan untuk digunakan sebagai tenaga.

Apabila tahap insulin kekal rendah, lebih banyaklah lemak yang dapat dibakar oleh badan. Proses ini jika berlaku berulang kali akan menyebabkan penurunan berat badan.

Bolehkah intermittent fasting buatkan kesihatan jadi lebih baik?

Menurunkan berat badan dan aktif bersenam dapat merendahkan risiko untuk menghidap sebarang penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes dan beberapa jenis kanser.

Diet ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah, mereka yang melakukan intermittent fasting juga boleh merendahkan kolesterol, mengurangkan lemak pada organ hati dan memperbaiki tekanan darah.

Intermittent fasting berkesan untuk mereka yang ingin berdiet tanpa mengira kalori. Ketika berpuasa, anda masih boleh minum air kosong untuk mengalas perut.

Namun, berbeza dengan diet lain, ketika tempoh 8 jam yang dikhaskan untuk makan, kita boleh makan apa sahaja yang disukai.

Tapi, pastikan sentiasa bersederhana dan makan seperti normal dan bukannya ‘balas dendam’ pula yaa.

Cara diet IF yang lebih sihat dan berkesan

Sekarang, kita sudah tahu serba sedikit tentang intermittent fasting. Jika dilakukan dengan betul, cara diet ini boleh membantu kita untuk menurunkan berat badan dengan lebih sihat dan berkesan.

Selain itu, ada beberapa informasi tambahan yang mungkin dapat membantu jika berminat untuk melakukan intermittent fasting:

  1. Elakkan pengambilan makanan bergula. Sebaiknya, makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Biarkan badan kita membakar lemak di antara dua masa makan. Jangan sesekali makan snek. Jika kita ingin membakar lemak dengan lebih pantas, lakukan senaman dan kekal aktif sepanjang hari.
  3. Tidak perlu berpuasa secara ekstrem. Jangan berlebihan jika ingin berpuasa. Sebagai manusia, kita perlu makan untuk kekal bertenaga. Intermittent fasting akan jadi lebih berkesan jika kita mula berpuasa pada awal pagi (7 pagi – 3 petang).
  4. Elakkan makan snek pada waktu malam   
  5. Minum air pada masa yang betul



 

Kesimpulannya:
Haaa kan kita sudah mengetahui apa itu intermittent fasting. Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, kita masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal.
Kita juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang kita pilih jika mahukan keberkesanannya. 

Disini dapatlah dirumuskan bahawa Intermitten Fasting adalah satu bentuk gaya pemakanan yang sangat baik untuk diamalkan. Ia terbukti mampu memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita terutama untuk sistem pencernaan untuk membakar lemak secara semulajadi. Jika seluruh rakyat Malaysia amalkan Intermitten Fasting, pasti kita boleh turunkan kadar obesiti negara kita. Wallahu alam.


Kat sini Siti share juga artikel yang berkongsi tentang Intermitten Fasting diet ni pada sistem metabolik kita. Jemput baca artikel ini ya bagi menambahkan lagi pengetahuan kita. Ini link sahabat Siti:

Ok,itu sahaja perkongsian dari Siti,diharap dapat membantu kita semua serba sedikit.


#projekblogmega
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#shakleereadystock
#sitiman772





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf. 


Tuesday 7 February 2023

Kenapa Orang Muda kena Mulakan bisnes dari awal

21092k19 #blogcontestjutawan
Kenapa Orang Muda kena Mulakan bisnes dari awal

Assalaamualaikum.
Kenapa!
Kenapa!
Kenapa!

Alaa kan Pepatah melayu ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Lagipn 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan kan.

Ok

Jutawan Muda!

Wah…bestkan kalau kita dapat jadi jutawan muda-muda lagi.
Alhamdulillah, untunglah jika berusia bawah 30-an dan dah mampu kumpul kekayaan.

Banyak faedah dan kelebihan yang akan perolehi bila ada buat bisnes.

Bukan tu sahaja,boleh berbangga dengan diri sendiri jika bisnes boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Lagi pula,sedang berdiri di atas usaha sendiri. Boleh kecapi segala apa yang mahu dengan wang yang diperolehi.

Siapa tak cemburu bila dengan umur yang muda, sudah menggapai impian , memiliki sesuatu yang orang yang seusia dengan belum miliki, boleh kumpul kekayaan sendiri dan bermacam-macam lagi lah.
 
DAPAT KUMPUL PENGALAMAN

Bersyukurlah jika dalam usia yang belum mencecah 30 tahun,sudah ada bisnes atau baru nak berjinak dalam dunia perniagaan.

Tak kiralah jual produk orang atau jual produk sendiri. Pasti tahu, nak berniaga ni, tak semestinya perlu ada bisnes sendiri.

Jangan risau, sudah ada proven result yang dengan jual barang orang, juga boleh kaya dan berjaya.

Paling penting, komited, rajin, tekun, berilmu dan tahu cara pemasaran yang betul.
 
KEWANGAN YANG STABIL

Bisnes akan berikan kita kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.
Kita cuma perlu tahu berapa kita nak dapat pada bulan itu, dan kita berusahalah untuk capai sales target yang dah kita tetapkan.

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang nak dibuat lebih awal.
 
MEMINIMUMKAN RISIKO

Dalam pelaburan, perniagaan atau kehidupan secara umumnya, boleh minimumkan risiko rugi dan ‘tutup bisnes awal’.

Jika buat kesilapan dalam bisnes, seperti pelaburan yang kurang baik, ada lebih banyak masa untuk perbaikinya dan belajar dari kesilapan tersebut.

Juga mempunyai aset yang kurang dan tidak terikat seperti orang berumur lebih tua.

Ia bermakna, akan lebih cepat sesuaikan diri dan sekiranya pelbagai cabaran datang di masa depan, tidak lagi terkejut dan boleh selesaikan dengan hati yang tenang.

Di usia yang muda ini, jika menghadapi risiko dan gagal dalam bisnes, dilihat sebagai kurang berpengalaman dan ilmu.

Untuk atasinya, boleh pergi mencari ilmu dan mentor untuk tunjukkan cara yang betul dan benar.

ADA BANYAK MASA

Semangat dan keinginan orang muda biasanya lebih kuat jika nak dibandingkan dengan orang yang dah melepasi umur 30-an.

Mereka biasanya lebih positif, produktiviti yang lebih tinggi dan mereka lebih banyak enjoy ketika berkerja.

Mereka bukannya tak bekerja, tetapi mereka bekerja dalam keadaan yang tidak stress dan enjoy dengan dengan kerja yang mereka lakukan.

Kadang-kadang, mereka juga suka bertindak tanpa berfikir panjang dan suka menghabiskan duit dengan perkara yang tak berfaedah.

Apa kata kurangkan aktiviti hiburan. Masih ada banyak masa untuk berhibur dan masih banyak peluang menanti kerana masih muda.

Jika terlalu leka,mungkin cepat untuk naik dan cepat juga untuk jatuh.

INI BUKAN YANG TERAKHIR!

Mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes.

Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala di atas dan ada masanya di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada berjaya teruskan perjalanan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup.

#sitiman772

#ProjekBlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#akukayadanberjayadiduniajuadiakhirat

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...