Wednesday 22 March 2023

SHAKLEE FUN DAY DAN BUSINESS SHAKLEE

SHAKLEE FUN DAY DAN BUSINESS SHAKLEE

22 MARCH 2023
SITIMAN772

 
Hi Assalaamualaikum semua. Bertemu lagi kali ini dalam blog Siti.

Harini Siti nak cerita sikit tentang event terbaru yang Shaklee adakan pada 18 Mac 2023 iaitu SHAKLEE FUN DAY @ SHAKLEE SHOP!

Shaklee Fun Day ini adalah yang julung kali diadakan oleh Shaklee, dan sangat meriah!

Ia diadakan di 4 Shaklee Shop terpilih iaitu di Home Office Sunway, Branch Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bahru.

Apa yang best tentang event ni adalah, Shaklee sediakan macam-macam hadiah untuk semua Ahli Shaklee dengan setiap belian produk Shaklee.

SET SKINCARE YOUTH set ni pun ada promosi juga,bestkan,dok tunggu saja ni.

Shaklee dengan baik hatinya sediakan minuman Performance Drink percuma untuk semua yang hadir. 

Oh ya, untuk mereka yang tinggal jauh dari Branch macam Siti, kita ada team yang tolong orderkan.

So takde masalah, tetap boleh dapat Free Gift dan Harga Promosi juga. Kerjasama gitu. Best kan dibawah team MFMS.

Best ja tengok diorang bershopping.

Tengok tu berkotak kotak bershopping

Ramainya kan yang tak nak lepaskan peluang

Ni lah Harga promosi Set Youth Skincare. Memang banyak jimat ni! Night Cream tu ada diskaun sampai 40% .


Ni 3 TIPS UNTUK START AND CONSISTENT DALAM BUSINESS :

1. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, tak perlu tunggu segalanya sempurna baru nak mula.

2. Always ada target yang you nak achieve and sentiasa ready with planning, don’t just go with the flow.

3. Keep on belajar dan menuntut ilmu, jangan rasa takut nak cuba buat sesuatu yang di luar “comfort zone”.

Solat kena awal waktu dan solat Dhuha juga jangan lupa,konsisten ja walaupun 2 rakaat,janji istiqomah.

BEST OOOO PILIH BUSINESS SHAKLEE NI.
KORANG AKAN DAPAT

πŸ“ Support sistem yang kuat. Tidak kira dari upline, downline , sideline ataupun dari pihak shaklee sendiri.

πŸ“Bisnes yang adil. Tidak istilah orang bawah kayakan orang atas. Dalam bisnes shaklee ni siapa buat lebih dia dapat lebih.

πŸ“Produk yang berkesan dan semestinya selamat. Sebab sal sendiri sebagai pengguna dan pengamal dah merasai kesan dan manfaat dari produk itu sendiri.

πŸ“Banyak reward ditawarkan. Reward cash bonus, reward car bonus & reward travel. Bukan tu saja, reward dari upline pun ada juga.

πŸ“Kelas ilmu yang pelbagai. Ilmu produk, ilmu marketing, ilmu agama dan ilmu sains yang lain.

Nampak kan,semua pakat grab promo youth ni

Ramai sebenarnya yang takut untuk buat bisnes jual supplement ni takut kurang repeat order , takut orang tidak mahu beli. Hakikatnya ramai saja orang diluar sana yang sudah terbuka mata dan hati untuk jaga kesihatan dan tahu pentingnya pengambilan supplement.

Pengambilan supplement bukan diambil waktu kita sudah sakit sebab supplement bukanlah ubat. Pengambilan supplement diambil ketika kita masih sihat untuk dapat kesihatan yang lebih optimum.

So sebab tu kena pandai cari vitamin yang selamat, berkesan dan semestinya semulajadi. Kena tahu setiap kandungan supplement yang kita hendak amalkan.

Jom try supplement terbaik di Malaysia

Nak join business tanpa memerlukan modal yang besar tapi boleh jana income yang consistent setiap bulan?

Business Shaklee lah jawapannya ✅

Nak join jadi Ahli Shaklee anda hanya perlu bayar yuran serendah RM35. Tapi kalau nak join dengan Free Membership, korang hanya perlu membuat pembelian RM350 ke atas.

One thing yang best tentang Business Shaklee, bila you join jer automatically you ada MENTOR and TEAM yang akan guide you. 

Sebab tu penting dengan siapa you register, make sure you kenal orang tu okay? πŸ€—

.

PROJEK DUIT RAYA SHAKLEE 

Sempena bulan ramadan tahun ini, Siti open intake bagi sesiapa yang sedang mencari peluang bisnes untuk tambah duit RAYA bersama team MFMS. Semoga dengan usaha ini dapat membantu meringankan beban dan menampung pembelanjaan hari raya nanti.

Paling best⤵️

❌Tak perlu modal

❌Tak perlu pegang stock

❌Tak perlu packing

❌Tak perlu keluar pos

Untuk pemulaan bisnes,semua diatas boleh jana income tanpa perlu lakukan perkara diatas⤴️

 Dalam business Shaklee ni, kita hanya perlu GUNA (USE) produk Shaklee, KONGSI (SHARE) kebaikan yang kita dah dapat dan BINA (BUILD) team untuk bantu orang lain sama-sama jana income dengan bisnes Shaklee.

Yang lain-lain macam Research & Development, Marketing Plan, ilmu produk, bayaran bonus & rewards, event semua Shaklee dah uruskan. Memang simple je bisnes Shaklee ni.

JOM MULAKAN SEKARANG!

Kenapa perlu mulakan sekarang?

Kerana setiap 14-15 hb shaklee akan masukkan bonus dari hasil jualan sepanjang bulan march ini. Sempatlah korang all out untuk menikmati bonus RAYA nanti.

.

Dapatkan HARGA PROMOSI & DAFTAR SEKARANG UNTUK JADI AHLI PERCUMA.

Dan akan dapat free guide cara pengambilan produk shaklee  dan tips-tips yang betul dari Siti. In syaa Allah

Jika ada sebarang soalan dan pertanyaan jemput hubungi Siti.

Semoga puasa tahun ini menjadi puasa yang sangat bermakna buat kita semua. Dapat berpuasa menjalankan ibadah dan bekerja dengan sihat bertenaga .

SELAMAT BERPUASA SEMUA.. RAMADHAN KAREEM ✨

Terima kasih sudi baca entry ni. Jumpa lagi di entry seterusnya.. 

Jemput follow next entry ya..❤


Jom hubungi saya SITI HAJAR - 010-4515320 (clik to wasap) 


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#sitiman772

Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


INTERMITTENT FASTING DAN KEBURUKANNYA

INTERMITTENT FASTING DAN KEBURUKANNYA YANG KITA TIDAK TAHU

22 MARCH 2023

SITIMAN772

Sebelum ini Siti dah share tentang INTERMITTENT FASTING kan,boleh la sekodeng kat sini jugak INTERMITTENT FASTING(IF) member punya cerita la. Boleh tambah ilmu jugakkan. Bacalah ya.


Ramai yang mula mengamalkan IF memberitahu ia membantu mereka untuk lebih menikmati makanan selain memahami perbezaan di antara lapar dan mengidam.

Ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan bagi yang mengamalkan diet jenis ini.

1. Hipoglikemik

Bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan IF, mereka mungkin akan mengalami hipoglikemik atau keadaan di mana kadar gula dalam darah sangat rendah.

Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala, denyutan jantung meningkat, berasa pening dan mual.

"Ketika anda tidak makan, tubuh akan membakar glikogen (glukosa yang disimpan) pada hati dan otot, kemudian ia akan mula membakar lemak," kata pakar pemakanan Frances Largeman-Roth.

Bagaimanapun, keadaan itu hanya berlaku pada peringkat awal dan selepas itu tubuh akan mula menyesuaikan diri.

2. Menurunkan rasa mengidam

Frances memberitahu, mereka yang mengamalkan deit ini mampu menjaga keseimbangan gula dalam darah dengan lebih baik kerana IF memaksa seseorang untuk berhenti makan pada waktu tertentu.

IF juga meningkatkan rasa kenyang melalui penghasilan hormon pengurangan nafsu makan. Sebuah kajian pada 2019 turut mendapati diet ini dapat membantu menurunkan kadar ghrelin - iaitu hormon yang merangsang rasa lapar terutamanya pada individu dengan masalah obesiti.

Ia turut meningkatkan kemampuan seseorang untuk membakar karbohidrat dan lemak untuk ditukarkan sebagai tenaga.

3. Meningkatkan sensitiviti insulin

Kajian pada 2018 mendapati bahawa lelaki dengan pradiabetes yang mengikuti IF meningkatkan sensitiviti insulin mereka sekaligus menguruskan gula dalam darah dengan lebih baik.


Ini kerana setiap kali makan, tubuh akan melepaskan hormon insulin untuk memindahkan gula daripada saluran darah ke sel dalam tubuh untuk ditukarkan sebagai tenaga.

Prof Redza ada bagitau empat hormon ini akan bagi signal kat otak kita

Dimana Allah jadikan hormon ghrelin untuk menghantar signal lapar kepada otak manakala hormon leptin menghantar signal kenyang. Info menarik yang Siti dapat dari kelas Prof Redza tempoh hari yang mana hormon leptin ini mengambil masa selama 10 minit untuk hantar signal kenyang manakala hormon Ghrelin mengambil masa hanya beberapa saat sahaja untuk menghantar signal lapar.

Selari dengan apa yang Rasulullah ajarkan kepada kita untuk makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dapat relatekan?

Bagaimanapun pesakit diabetes yang bergantung kepada suntikan insulin harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan diet ini kerana ia mungkin dapat mempengaruhi kesan ubat.


4. IF dan senaman

Berpuasa dan bersenam bukan satu masalah tetapi ia harus dilakukan secara sistematik agar seseorang tidak kehilangan tenaga dengan cepat.

Mereka yang menjalani IF disarankan untuk melakukan senaman lebih ringan terutamanya ketika baru mencuba diet itu agar tubuh dapat menyesuaikan diri. Waktu terbaik untuk bersenam adalah pada awal atau akhir IF.

Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF dibenarkan untuk kita minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi semasa “berpuasa”.

Puasa di bulan Ramadhan pula adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari sepanjang bulan Ramadhan.

Ini bezanya IF dengan puasa Ramadhan. Tapi kenapa orang nak buat Intermittent Fasting ni? 

Kerana nak dapat kelebihan AUTOPHAGY.



Apa itu autophagy? 

Autophagy adalah proses semulajadi yang terjadi ketika tubuh kita membersihkan dan menggantikan bahagian sel yang rosak dengan yang baru.

Autophagy ni berlaku dalam proses Endocannabinoid system. Dan ini bagusnya autophagy yang ramai orang tak tahu.

Jom kita tengok apa kerja autophagy ini.

Autophagy merupakan satu proses yang mana dia akan membersihkan badan pada tahap cellular. Bayangkan, dalam badan kita terdapat banyak sel yang hampir rosak. Jadi, autophagy ini akan membantu untuk screen sel-sel itu dan baiki semula.

Secara logiknya, apabila kita mengambil gula yang berlebihan maka sel akan kandung banyak gula. Ia akan membentuk AGE protein dan merosakkan sel-sel dalam badan.

Jadi, bila kita buat autophagy ini dia akan baikkan semula sel-sel semua. Ibaratnya dia akan mencantikkan rumah kita dengan interior design yang cantik.

Kebaikan Autophagy

Terdapat beberapa kebaikan penting jika anda melakukan autophagy ini. Antaranya:

  • Ia membantu menghalang kanser.
  • Membantu mempertingkatkan prestasi otot.
  • Membantu menghalang penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer.
  • Membantu mengawal keradangan.
  • Membantu melambatkan tempoh penuaan.
  • Membantu mempertingkatkan tenaga.

Top Supplement Aktifkan Autophagy

Dr.Redza ada sebutkan beberapa jenis supplement yang dapat bantu percepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu

  1. Revestrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric

Bertuahnya untuk pengamal Shaklee sebab diantara Dr.Redza kongsikan ada 3 jenis produk dari Shaklee iaitu Vivix, Res V dan Coqtrol Plus. Ketiga produk ini ada fungsi tersendiri untuk sesi autophagy.

Vivix : Revestrol induces autophagy



Keburukan Intermittent Fasting

Banyak kebaikan yang anda boleh dapat jika anda mendapatkan autophagy ini tetapi terdapat keburukan yang anda perlu ambil kira supaya anda tahu ama ada Intermittent Fasting yang anda lakukan ini berkesan atau sebaliknya.

1. Memusnahkan Collagen dalam Badan

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah collagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan.

Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural collagen. Ini bermakna collagen yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan!

2. Menyekat peningkatan collagen

Sudahlah dia galakkan kemusnahan collagen dia menyekat pula peningkatan collagen dalam badan sehingga menyebabkan berlakunya penuaan, kemerosotan kulit dan keguguran rambut.

Jaga-jaga para wanita, jangan terlalu asyik menurunkan berat badan tetapi tidak tahu bahawa badan sedang dalam keadaan bahaya. Sudah lah tidak tahu, badan hantar signal juga tidak dihiraukan sama sekali.

3. Mengalami keletihan melampau

Collagen berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika collagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan minerals dan nutrisi micronutriens.

Kerana itu, usah hairan jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. Mungkin ini penyebabnya.

Apa yang anda rasa bila dah tau Intermittent Fasting juga membawa kesan buruk pada badan? Jangan risau yaa.

Disini badan kita memerlukan collagen terutamanya wanita dan ketika anda buat autophagy ini collagen type 1 yang mana 90 peratus berkaitan rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligamen serta membantu menyokong kulit kelihatan lebih muda.

Kerana itu jangan biarkan kira kehilangan collagen dalam badan hanya untuk mendapatkan berat badan yang kita inginkan. Pastikan berat anda turun dan kulit anda cantik dan sihat.

Untungnya Shaklee ada vitamin untuk Collagen.
COLLAGEN dari Shaklee


Dalam kajian ada menunjukkan bahawa Resveratrol dapat meningkatkan dan menyokong autophagy.


Untungnya kita kerana Shaklee adalah Supplement Terbaik membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan dalam masa yang sama memastikan kita lengkapkan nutrisi micronutriens dalam badan.

Disini juga fahami lah asas penurunan berat badan. Fahami lah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau “gemuk air”. Fahami lah metabolisma badan dan cara untuk melindungi atau baikinya untuk elak rintangan insulin.

Ada banyak sebab orang buat intermittent fasting antaranya,

  • nak kuruskan badan
  • nak sihat
  • nak reverse penyakit

Jadi fahami apa sebab nak buat Intermittent fasting, kemudian cari kaedah yang paling sesuai untuk kita. Ambil produk suplemen yang bersesuaian dan fokus.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#sitiman772

Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.





Friday 17 March 2023

KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK DI MALAYSIA

KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK DIMALAYSIA
16 MARCH 2023
by SITIMAN772

 Vitamin Shaklee Adalah Supplements Terbaik Di Malaysia.

Pertama sekali, jom kita kenali dulu apakah itu vitamin. Vitamin adalah sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kehidupan dan kesihatan tubuh badan. Kita perlu mendapatkan vitamin dari makanan kerana tubuh manusia tidak mampu menghasilkan vitamin yang secukupnya untuk tubuh badan atau mungkin langsung tidak dapat menghasilkannya.

Vitamin terkandung di dalam bahan makanan semula jadi, amat penting untuk metabolisme normal tubuh badan kerana dalam jumlah yang mencukupi dalam diet, ianya dapat mengekalkan kesihatan serta mencegah dan mengawal jangkitan penyakit.

Vitamin kebanyakkannya terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Berikut adalah jenis-jenis Vitamin yang diiktiraf iaitu Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D, E & K.

Setiap manusia perlukan tubuh badan yang sihat. Dengan badan yang sihat kita mampu untuk bergerak dan melakukan apa sahaja yang kita mahu. Pergerakan kita juga tiada had dan sekatan. Kesihatan yang baik dapat memberi jaminan kepada kehidupan yang berkualiti, bahagia, gembira dan harmoni. Pastinya semua orang tahu betapa pentingnya kesihatan kepada tubuh badan!

Vitamin Dan Kesihatan
Untuk mengekalkan kesihatan, vitamin yang secukupnya amat diperlukan untuk mencegah dan mengawal tubuh badan agar terhindar dari jangkitan penyakit. Oleh itu jelas di sini akan fungsi serta kaitan diantara Vitamin dan Kesihatan.

Berikut adalah senarai fungsi vitamin kepada tubuh badan dan pilihan jenis makanan yang mengandungi vitamin tersebut.

Vitamin A – retinol, retina dan empat karotenoid (termasuk beta karotena).
Kekurangannya boleh menyebabkan rabun dan keratomalacia (gangguan mata yang menyebabkan kornea yang kering)
Sumber yang baik adalah hati, minyak ikan kod, lobak merah, brokoli, kentang manis, mentega, kangkung, bayam, labu, Collard hijau, beberapa keju, telur, aprikot, tembikai tembikai, susu.
Vitamin B1 – tiamin
Kekurangannya boleh menyebabkan beri-beri, Wernicke-Korsakoffsyndrome
Sumber yang baik adalah yis, daging, bijirin, biji bunga matahari, beras perang, gandum, asparagus, kubis bunga, kentang, jeruk, hati, dan telur.
Vitamin B2 – riboflavin
Kekurangannya boleh menyebabkan ariboflavinosis
Sumber yang baik adalah asparagus, pisang, bendi, lobak, keju lembut, susu, yogurt, daging, telur, ikan, dan kacang hijau.
Vitamin B3 – niasin, niacinamide
Kekurangannya boleh menyebabkan pellagra
Sumber yang baik adalah hati, jantung, buah pinggang, ayam, daging lembu, ikan (tuna, salmon), susu, telur, avokado, kurma, tomato, sayur-sayuran berdaun hijau, brokoli, lobak merah, kentang manis, asparagus, kacang-kacangan, biji-bijian, kekacangan, cendawan, dan ragi.
Vitamin B5 – Asid Pantothenic
Kekurangannya boleh menyebabkan paresthesia
Sumber yang baik adalah daging, bijirin penuh (pengilangan boleh mengeluarkannya), brokoli, alpukat, royal jelly, ovari ikan.
Vitamin B6 – pyridoxine, pyridoxamine, pyridoxal
Kekurangannya boleh menyebabkan anemia, neuropati periferal
Sumber yang baik adalah daging, pisang, biji-bijian, sayur-sayuran, dan kacang-kacangan.
Vitamin B7 – Biotin
Kekurangannya boleh menyebabkan dermatitis, enteritis
Sumber yang baik adalah kuning telur, hati, beberapa sayur-sayuran.
Vitamin B9 – asid folik, asid folinic
Kekurangannya boleh menyebabkan kekurangan kehamilan dikaitkan dengan kecacatan kelahiran
Sumber yang baik adalah sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, ibu roti, beberapa produk bijirin diperkaya, biji bunga matahari.
Vitamin B12 – cyanocobalamin, hydroxycobalamin, methylcobalamin
Kekurangannya boleh menyebabkan anemia megaloblastic
Sumber yang baik adalah ikan, kerang-kerangan, daging, ayam, telur, susu, dan produk tenusu. Sesetengah bijirin diperkaya dan produk soya dan juga diperkaya yis pemakanan.
sumber-vitamin-shaklee-bagus-untuk-kesihatan
Sumber Vitamin

Vitamin C – asid askorbik
Kekurangannya boleh menyebabkan anemia megaloblastic
Sumber yang baik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah plum dan buah camu camu mempunyai paling tinggi kandungan vitamin C dari semua makanan. Hati juga mempunyai vitamin C.
Vitamin D – ergocalciferol, kolekalsiferol
Kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket, osteomalacia
Sumber yang baik: adalah melalui kulit selepas terdedah kepada cahaya ultraviolet B dari matahari atau sumber buatan. Juga terdapat dalam lemak ikan, telur, hati lembu, dan cendawan.
Vitamin E – tokoferol, tokotrienol
Kekurangannya sesuatu yang luar biasa. Boleh menyebabkan anemia hemolitik ringan pada bayi baru lahir
Sumber yang baik adalah buah kiwi, badam, alpukat, telur, susu, kacang, sayur-sayuran berdaun hijau, minyak sayuran tak panas, germa gandum dan bijirin penuh
Vitamin K – phylloquinone, menaquinones
Kekurangannya boleh menyebabkan pendarahan diatesis
Sumber yang baik adalah sayur-sayuran berdaun hijau, avokado, buah kiwi. Pasli mengandungi banyak vitamin K.



Produk Shaklee merupakan nutrisi kesihatan paling bagus, selamat, berkesan dan dipercayai. Ianya adalah makanan suplemen terbaik yang terbukti melalui kajian saintifik dan testimoni pengguna sejak lebih setengah abad lamanya. Kenapa vitamin shaklee bagus untuk kesihatan?


Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan setiap kenapa itu menunjukkan bahawa sel-sel otak sedang berhubung! Oleh itu, untuk mengenali produk vitamin ini lebih dekat, kita perlu memahami konsep dan maksud sebenar yang mendefinasikan sebagai vitamin shaklee adalah produk yang bagus untuk kesihatan.


Soalannya, kenapa pengguna Shaklee begitu setia??


Jom kita teruskan membaca kenapa supplements Shaklee terbaik Di Malaysia

1. HANYA SAINTIS HEBAT YANG MENCIPTAKAN SHAKLEE

Mari kita berkenalan dengan orang orang hebat di Shaklee.

a. Dr Forrest C. Shaklee

Tengok nama pon dah tahu kan, mesti lah ni pengasas Shaklee. Beliau sangat sangat percaya yang kita semua ni terlebih makan, tapi kekurangan nutrisi. Makan dah banyak, tapi masih ramai yang sakit.

Daripada situlah, beliau sangat tekankan pemakanan untuk kekal sihat. Bukan makan je apa yang boleh.

Pada tahun 1915, beliau telah merekodkan penciptaan pertama Vitalized Minerals, vitamin pertama di dunia! Dan daripada sini lah tercetusnya perkataan VITAMIN.

Ha, bangga tak bangga kami ni sebagai pengguna dan pengedar Shaklee?
Saya bangga dan bersyukur menjadi sebahagian daripada sejarah.

Dr Forrest bersama Dr colonel memulakan bisnes masa umur mereka 60-an.

b. Dr Yasuhiko Kojima

Penerima PHD dalam Bidang Sains Perubatan daripada Universiti Tokyo ini merupakan saintis pertama yang jumpa INTERFERON. Saintis hebat ini jumpa Interferon masa membuat kajian vaksin 'smallpox'

Terinspirasi dengan konsep 'harmoni with nature' oleh Dr Forrest Shaklee, Dr kojima dalam kajiannya selama 40 tahun, beliau akhirnya menemui sumber semulajadi untuk meningkatkan imunisasi badan.

Dan produk tu adalah NUTRIFERON yang kami gunakan sekarang ni untuk meningkatkan imunisasi anak-anak hinggalah dewasa.

40 tahun kajian berterusan. Pengsannnn. Produk sekarang yang ada kat pasaran? Er krik krik krik.

c. Dr Elizabeth Blackburn

Penerima Nobel Prize Winner in medicine pada tahun 2009, beliau merupakan penerima PHD daripada Universiti Cambridge. Dr Elizabeth lebih banyak melakukan kajian berkaitan Telomere.

Telomere merupakan pelindung bagi kromosom di setiap DNA manusia.
packaging vivix pon ada tulis berkaitan telomere

Dan kajian daripada Dr Elizabeth ini lah menyebabkan Vivix semakin diminati dan menjadi produk no 1 shaklee. Kerana apa? Kerana vivix membantu menjaga telomere supaya tidak memendek dengan cepat. Pendek cepat, badan cepat sakit.

Cukuplah 3 orang hebat ni dulu yer. Nak tahu lebih lagi boleh wassap penulis.

Jom kita ke sebab yang kedua pulak kenapa ramai pengguna Shaklee setia hanya dengan Shaklee.


2. SHAKLEE DIBUKTIKAN SECARA SAINS

Shaklee sangat menekankan 'proven by science' untuk setiap produk dan bahan-bahan ramuan dalam setiap produk.

Jom kita tengok kesemua pembuktian sains yang Shaklee lakukan.

a. In-house research

Semua pengeluar produk claim ada buat kajian dan R&D untuk setiap produk. Ye. Dan shaklee pon sama..ada kajian dan R&D sendiri. Tapi yang lebih menariknya, claim by shaklee lebih banyak.


100 peratus berkesan, 100 peratus semulajadi dan 100 peratus dijamin selamat.

Kalau tengok 100%, berbanding yang hanya tulis "semulajadi" je, mana yang lebih konfiden?

Eh eh. Nak tengok tak senarai bahan kimia yang tiada dalam semua rangkaian produk shaklee?

Di Shaklee, kajian demi kajian dibuat setiap tahun. Malahan, Shaklee spend ratusan juta US dollar setiap tahun untuk screening dan R&D demi memastikan setiap produknya selamat dan berkesan serta bebas daripada sebarang bahan kimia bahaya.

b. Clinical Study daripada pihak ketiga

You know what, clinical study adalah tidak perlu bagi syarikan suplement yer. Tapi, Shaklee memang sentiasa over bab sains sains dan research ni. Pihak ketiga yang dimaksudkan adalah pihak universiti bukan pihak shaklee sahaja.

Tapi sebelum tu, clinical study yang dijalankan adalah pada manusia taw.

Bukan pada tikus makmal. Dan Shaklee memang tak pernah buat ujikaji pada haiwan. Memang betul-betul shaklee berpegang pada harmony with nature.

Jom kita tengok contoh study yang dibuat oleh researcher universiti ni. Antaranya adalah, 'bersenam dengan multivitamin vs tanpa multivitamin. Cuba cari dalam jurnal exercise physiology. Mesti ada.

Dan result daripada kajian ni, buktikan mereka yang exercise dengan multivitamin terbukti lebih baik dengan meningkatkan lean mineral dan densiti tulang. Dan multivitamin tu of course lah shaklee brand!

Sape kata vitamin tak penting?


Makan secara sihat, exercise secara teratur, hindari stress dan makan vitamin secara bijak. Okey okey?



c. Landmark study



Saya percaya ramai dah tertanya-tanya apa sebenarnya landmark study ni?


Landmark study adalah kajian penting yang boleh dirujuk oleh setiap orang dalam bidang tersebut.

Bagi shaklee, landmark study dietery suplement study adalah kajian yang dijalankan oleh pihak researcher universiti Berkeley. Kajian adalah berdasarkan questionaire dan sampel darah diambil daripada 3 golongan.

1. Makan vitamin-vitamin Shaklee
2. Tak makan apa-apa vitamin
3. Makan multivitamin jenama famous yang lain.

Keputusan landmark study adalah tetap akan dipaparkan walaulon jika sekiranya result kajian tidak menyebelahi shaklee.

Tapi alhamdulillah, orang yang makan shaklee ternyata lebih sihat daripada orang yg tak makan Shaklee atau tak makan apa-apa suplement.

3. DIIKTIRAF OLEH ORANG YANG HEBAT



Uols, kalau nak tahu bukan kami yang biasa biasa je makan suplement shaklee ni. Tapi orang orang hebat atlet overseas dan olimpik pon makan vitamin shaklee taw.jom kita tengok satu persatu.

a. Agensi kerajaan NASA

Masa NASA ke bulan, NASA memilih Shaklee untuk formulakan suplement keperluan astronouts di sana..formula khas ni untuk semua astronouts di semua misi ke bulan ye.

Bukan itu sahaja, Scott Kelly merupakan angkasawan yang paling lama tinggal di angkasa lepas, ISS selama sebulan. Selain daripada formula khas yg diberi nama Astro-ade, Scott Kelly jugak ambik vitamin shaklee yang sama dengan vitamin Shaklee yang kami makan sekarang.

Umum tahu, di angkasa lepas sinaran UV tidak dilindungi macam kat bumi. Dan dia kembali ke bumi dalam keadaan sihat walafiat. Ha, kat angkasa pon sihat. Kita yang kat bumi pon tentunya sihat jugak.

b. Atlet terbaik dunia

Selalu kan kita tengok jersi bola ada tulis nama nama sponsor? Sponsored by. Sponsor je la.

Atlet tak guna pon produk tersebut. Modal dikeluarkan untuk atlet ni iklankan produk penaja je. Kecuali air 100plus memang atlet Malaysia minum setiap kali beraksi. Tak pernah lagi tengok atlet masa beraksi minum air coke. Hihi.

Namun, berbeza bagi Shaklee. Atlet Shaklee kalau anda perasan bukan 'sponsored by' tapi 'powered by'. Beza tak word tu?

Bezaaa. Atlet shaklee tak pakai baju yang ada logo shaklee atau perkataan shaklee.

Tapi mereka dibekalkan dengan suplement Shaklee untuk memantapkan prestasi ketika beraksi.


Pada Sukan Olimpik Rio 2016, seramai 37 orang atlet Shaklee telah memenangi 16 medal kesemuanya.

Ha, korang yang atlet atlet ni boleh lah lepas ni consider untuk powered by Shaklee vitamin pulak supaya mantop beraksi.

Bukan itu sahaja. Produk shaklee jugak diuji pada keadaan terlampu extreme contohnya pada pendaki Everest, orang amerika pertama tanpa bantuan oksigen pada 1983. Kemudian pada tahun 1986 expedisi ke Kutub Utara yang pertama jugak powered by Shaklee.
Kalau kita biasa-biasa ni je, kompom lah,mesti dah lembik dah.

c. Diiktiraf pelbagai NGO

Tahukah anda, Shaklee diiktiraf sebagai Carbon Foot Print Sifar pertama dunia?


Yang belajar pasal alam sekitar mesti familiar dengan term ni. Ia sangat sangat penting untuk menjaga keharmonian dan sustainable environment.

CFC? NO TO SHAKLEE.

Nak bagitaw 1 rahsia jugak. Omega guard Shaklee diextrak daripada ikan kan? Shaklee mendapat pengiktirafan 'Friend of Sea' sebab hanya ambik ikan yang diluluskan sahaja dan tidak menjejaskan ekosistem laut.wow, impressive!!

Bahkan Shaklee jugak dianugerahkan sebagai EPA Climate Leaders kerana berjaya mencapai nett zero greenhhouse emission bertahun-tahun.  Superb! Kat Malaysia ada ke?

Apakah company suplement lain begini?

Tanya dan selidik jika anda amalkan vitamin keluaran jenama lain.

4. Bahan-bahan non-GMO

Demi memenuhi keperluan manusia yang semakin ramai setiap tahun, makanan perlu dihasilkan dengan cepat. Disebabkan tu lah, industri pertanian perlu modify biji benih ke arah yang lebih cepat dituai hasilnya.

Tapi di Shaklee, setiap bahannya adalah disahkan bukan GMO melalui program 'Identity Preserved Program'.

5. Tiada bahan pengawet, pewarna atau pemanis tiruan

Memilih suplement untuk consumption jangka panjang wajib dengan kebijaksanaan.

Gula, pewarna dan pengawet memang antara item yang perlu dipandang serius.

Gula, jika terlebih boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Jika gula tiruan? Sila lah faham sendiri.

Setiap produk Shaklee tidak langsung ditambah item item ini. 100% semulajadi adalah prinsip Shaklee.

Disini Adalah Senarai Produk Vitamin Shaklee

Berikut adalah beberapa Produk Vitamin Shaklee yang terbukti bagus untuk kesihatan. Ianya juga didatangkan mengikut set keperluan dan keadaan semasa anda.

Set Vitamin Shaklee Anti-Penuaan : ESP, Collagen Powder, Vivix
Set Vitamin Shaklee Anti-Oksidan : CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Set Vitamin Shaklee Skin Care : BComplex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Collagen, Vivix
Set Kurus Shaklee : ESP, Herblax, Alfalfa, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix
Set Vitamin Shaklee Mengandung : Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
Set Vitamin Shaklee Berpantang : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
Set Vitamin Shaklee Breastfeeding : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Vitamin Shaklee Kesihatan Lelaki : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Vitamin Shaklee Kesihatan Kanak-kanak : Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Meal Shakes
Set Vitamin Shaklee Remaja (12 years ++) : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Set Vitamin Shaklee Kencing Manis : GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Set Vitamin Shaklee Gout : Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
Set Vitamin Shaklee Kesihatan Sendi : Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard, Ostematrix
Set Vitamin Shaklee Immune Booster : Vitalea, NutriFeron
Set Vitamin Shaklee Asma, Sinus (Resdung), Allergi, Hives (Gegata), Eczema : Alfalfa, B-Complex, Vitamin C


Vitamin Shaklee Bagus kan
Setelah kita melihat kepentingan vitamin kepada tubuh badan, tidak dapat dinafikan lagi ianya satu nutrisi terpenting untuk mengekalkan kesihatan dengan mencegah serta mengawal jangkitan penyakit. Tapi kita sering bermasalah dan agak sukar untuk mendapatkan vitamin kerana terlalu banyak makanan yang perlu dimakan dan dipilih. Begitu juga untuk mengekalkan kandungan vitamin dalam jumlah yang diperlukan adalah sesuatu yang mustahil dilakukan.

Shaklee Always Works, Safe and Green
Disinilah peranan produk vitamin Shaklee dalam membantu tubuh badan anda untuk mendapatkan vitamin yang secukupnya. Dengan pengalaman melebihi 50 tahun dalam penyelidikan, pembuatan dan pengeluaran, Shaklee begitu arif dan pakar dalam menyediakan vitamin yang sesuai, selamat, berkualiti dan sempurna untuk keperluan kesihatan anda.

Ianya telah dibuktikan melalui pelbagai testimoni dan anugerah yang telah dicapai oleh Shaklee! Tiada yang mampu menafikannya! Malah produk ini juga diperakui halal untuk umat Islam di Malaysia.

Maka kini, jawapannya sudah jelas…kenapa Vitamin Shaklee amat bagus untuk kesihatan! Jika kita memahaminya bermakna sel-sel otak kita sudah cukup berhubung untuk memilih produk Vitamin Shaklee sebagai suplemen makanan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan kita.

Yang paling orang suka cari sekarang ini,adalah SET KURUS SHAKLEE dimana kurus adalah idaman semua orang termasuklah Siti.


Jom kalau ada apa apa ,boleh klik niSITIMAN772

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#sitiman772
#akukayadanberjayadiduniadandiakhirat


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.



Wednesday 15 March 2023

KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

15 MARCH 2023
by SITIMAN772



Kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee adakah betul atau tidak ? ramai yang bertanya dengan saya " Siti betul ke produk Shaklee boleh kurus?" " Berapa lama boleh kurus dengan Shaklee" "Berapa KG boleh hilang dan kurus dengan Shaklee" yang paling BEST,  "ada tak Harga Bajet utk Set Kurus bersama Shaklee"

Inshaa Allah dalam entri kali ini Siti akan cerita satu persatu tentang Set Kurus Shaklee yang hangat di pasaran sekarang.





Sebelum itu Siti nak tahu cara anda diet atau cara kurangkan berat badan?
1) Adakah anda skip salah satu hidangan anda?
2) Adakah hanya makan satu atau dua kali sehari?
3) Adakah anda makan tidak tentu masa dan tunggu lapar baru nak makan?

Jika diet kawan-kawan ada seperti di atas, maknanya cara kawan-kawan untuk mengurangkan berat badan adalah tidak berkesan.

Ini adalah kerana, jika kawan-kawan nak kurus, kawan-kawan hendaklah makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
1) Sarapan 
 2) Makan tengahari 
 3) Makan Malam 

Tahukah kawan-kawan  "Keajaiban Sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin tinggi pembakaran tenaga"

Kenapa kita kena kerap makan?

1) Bila kita makan dengan kerap, ia menghalang kita dari rasa lapar dan terdorong untuk makan dengan banyak pada hidangan seterusnya.
2) Bila kita makan dengan lebih kerap ia akan meningkatkan metabolisme kita supaya dapat membakar kalori dengan lebih cekap
3) Makanan juga diserap dengan lebih cekap dan pantas apabila kita makan dengan teratur
4) Kita akan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga jika makan dengan kerap.



Lain sikit kan cara nak kurus Shaklee tetapi sebenarnya kerap makan bukan bermakna makan dengan banyak tetapi makan mengikut kalori dimana 1 hari tidak boleh lebih dari 2000 kalori.

Kebanyakkan orang kita menjadi gemuk kerana mengambil makanan lebih dari 2000 kalori, badan kita jika tidak bersenam hanya memproses 2000 kalori sahaja selebihnya jika tidak digunakan akan menjadi lemak.

Kenapa yer kita perlu kurus?

Buat pengetahuan, menjadi kurus bukan kerana nak lawa dan nak cantik dan juga nak pakai baju lama tetapi kita nak kurus kerana hendak menjadi sihat. Ramai orang gemuk akan mendapat penyakit jantung , darah tinggi dan juga diabetes. Inilah penyakit-penyakit yang membawa maut dan setiap kg yang kita dapat turunkan akan menurunkan risiko kita mendapat penyakit itu.

Haa Jom Skodeng SET KURUS SHAKLEE dalam SET HELLO NEW YOU SHAKLEE



Set kurus Shaklee  terbahagi kepada tiga langkah utama

Langkah 1 - Bakar atau pecahkan lemak

LESITIN



Diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh dengan lebih efisen.

Fungsi Lecithin dalam Set Kurus Shaklee

πŸ‘‰ Berfungsi mengemulsikan lemak yang luar biasa (ayat mudahnya berfungsi untuk memecahkan lemak) kepada saiz yang lebih kecil supaya ia mudah disingkirkan.

πŸ‘‰ Membantu memecahkan lemak dan mengurangkan saiz zarah lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah sehingga membuatkan lemak terapung dan tidak melekat pada salur darah.

πŸ‘‰ Membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang kita makan jika digabungkan dengan Alfalfa Complex.

πŸ‘‰ Membantu mengurangkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) serta membantu mengawal paras triglycerides

πŸ‘‰ Lecithin Shaklee mampu memecah lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.


OMEGA GUARD



Omega Guard  membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di kawasan laut dalam. Untuk pengetahuan semua, minyak ikan Omega 3 terbukti dapat membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Fungsi Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee

πŸ‘‰ Minyak ikan omega 3 berfungsi membantu pembakaran lemak termendap. Sebab itu kalau Lecithin dan Omega digabungkan, proses untuk kurus dan turunkan berat badan lebih cepat dan berkesan

πŸ‘‰ Membantu membakar lemak yang telah lama dan degil dalam tubuh seperti yang berada di bawah kulit, dalam salur darah, lemak yang menyelaputi organ

πŸ‘‰ Membantu meningkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Hormon Leptin juga meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepat. Makin rendah tahap Leptin, makin cepat kita rasa lapar.

Minyak ikan mengandungi asid docosahexaenoic asid lemak omega-3, atau DHA, dan asid eicosapentaenoic, atau EPA, yang mungkin mengurangkan selera makan pada subjek yang berlebihan berat badan dan gemuk, menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Navarra di Sepanyol

πŸ‘‰ Pengambilan Omega 3 merangsang sensitiviti insulin dalam darah. Lebih sensitif sel-sel tubuh kepada insulin, lebih sukar untuk lemak disimpan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Gula berlebihan menyebabkan kita sukar untuk turunkan berat badan

πŸ‘‰ Lagi berkesan apabila pengambilan minyak ikan omega 3 disertakan lebih banyak senaman kerana ia akan menyebabkan pembakaran lemak lebih pantas dan berkesan. Omega 3 yang di ambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Sekaligus menyebabkan kadar metabolisma meningkat, kesannya lebih banyak kalori terbakar. Hasilnya berat badan pun berkurangan.

Kajian di Jepun dan Czech Republic mencadangkan Omega-3 dapat menghalang pembentukan lemak pada badan dan menyatakan Omega-3 dapat membakar lebih banyak lemak.

πŸ‘‰ Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak.

πŸ‘‰ Memperbaiki kadar gula dalam darah supaya mempunyai lebih tenaga untuk bersenam.

πŸ‘‰ Menambah kadar penghasilan serotonin sekaligus memberitahu otak bahawa kita rasa kenyang (Keadaan ini dapat membantu mengawal selera makan)


Langkah 2 - Buang, detox atau singkirkan lemak


HERBLAX



HerbLax mengandungi campuran tumbuhan semulajadi termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. HerbLax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan.

Fungsi Herblax dalam Set Kurus Shaklee

πŸ‘‰ Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

πŸ‘‰ Membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh

πŸ‘‰ Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut

πŸ‘‰ Membantu masalah sembelit

πŸ‘‰ Mengempiskan perut

πŸ‘‰ Melawaskan pembuangan air besar.

πŸ‘‰ Membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.

πŸ‘‰ Membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lender yang melekat di dinding usus dan sangat diperlukan untuk proses detox

πŸ‘‰ Membersihkan usus secara keseluruhan


ALFAFA COMPLEX


Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950-an. Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California. Alfalfa merupakan satu tumbuhan yang renek. Afalfa Complex Shaklee dihasilkan dari daun Alfalfa yang premium dan sangat berkualiti tinggi. 

Fungsi Alfalfa Complex dalam Set Kurus Shaklee

πŸ‘‰ Membantu menyingkirkan lemak & kolesterol

πŸ‘‰ Dalam Alfalfa ada saponin, saponin berfungsi seperti span yang bertindak "menarik kolesterol dalam darah.

πŸ‘‰ Penggunaan jangka panjang iaitu pengambilan alfalfa selama 8 minggu secara konsisten membantu menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol yang mampu mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi

πŸ‘‰ Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan dan dibakar oleh Lecithin dan Omega Guard. Hasilnya perut akan kembali kempis.

πŸ‘‰ Alfalfa merupakan agent detox tubuh secara kesuluruhan iaitu detox usus, darah dan hati. Detox adalah proses menyingkirkan toksin-toksin dalam badan. Hasilnya badan lebih bertenaga, berat turun dan kulit pun sihat

πŸ‘‰ Alfalfa juga membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

 

Langkah 3 - Bina otot, elak menggeleber, diet sihat, bertenaga dan elak lapar


CINCH SHAKE



Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan (meal replacement) sepanjang proses menurunkan berat badan. Pengambilan cinch akan memberikan lebih kepuasan dan mengenyangkan!

Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya.

Fungsi Cinch Shake dalam Set Kurus Shaklee

πŸ‘‰ Cinch shaklee sesuai sangat bagi sesiapa nak diet dan kuruskan badan. Cinch shake ni lengkap dengan segala protein.

πŸ‘‰ Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine. Leucine adalah sejenis asid amino penting. Fungsi leucine adalah menjaga jisim otot. Leucine bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan leucine, jadi, ia mesti diperolehi dari sumber makanan yang lain. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leucine bermanfaat dalam:

🌱 Menggalakkan pengeluaran otot.

🌱 Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.

🌱 Menyokong pemulihan otot.

🌱 Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.

πŸ‘‰ Untuk dapatkan bentuk tubuh badan yang cantik, pengambilan diet harian yang mengandungi leucine sangat penting kerana setelah kehilangan berat dan lemak, leucine akan memastikan otot badan tidak jatuh dan menggeleber. Tugas leucine adalah membina otot semasa penurunan berat badan berlaku.

πŸ‘‰ Cinch Shake membantu mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh kawal nafsu makan

πŸ‘‰ Membantu membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam badan serta mengurangkan inci pada badan dengan cepat

Istimewanya Cinch Shake ini, apabila anda tidak mahu makan nasi, anda boleh gantikan dengan mengambil Cinch Shake Shaklee sahaja.


ESP SOY PROTEIN



Protein yang berasaskan tumbuhan bukan -GMO yang lazat untuk membekalkan tenaga berterusan 

Dalam uncang yang mudah diambil pada bila bila masa dimana sahaja.

Makanan rendah lemak dan tanpa kolesterol.


LIFE SHAKE ELDERBERRY



Minuman protein yang berkhasiat dan berkrim dengan pemanis tanpa kaloriuntuk memelihara paras gula dalam darah.

Mengandungi enzim pencernaan,prebiotik dan serat untuk pencernaan yang sihat.

Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral dengan tambahan ekstrak elderberi untuk perlindungan tambahan.

Boleh juga lihat TESTIMONI yang telah berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee.





Nak lebih detail lagi boleh juga baca dalam link ni yaa SET PUASA SHAKLEE

Ada lagi link tau kalau rajin membaca ,boleh klik link ni yaa SET KURUS SHAKLEE. Jom membaca jambatan ilmu.

Nak tanya ka apa ka boleh contak Sitiman772



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.





SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...