Friday 17 March 2023

KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK DI MALAYSIA

KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK DIMALAYSIA
16 MARCH 2023
by SITIMAN772

 Vitamin Shaklee Adalah Supplements Terbaik Di Malaysia.

Pertama sekali, jom kita kenali dulu apakah itu vitamin. Vitamin adalah sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kehidupan dan kesihatan tubuh badan. Kita perlu mendapatkan vitamin dari makanan kerana tubuh manusia tidak mampu menghasilkan vitamin yang secukupnya untuk tubuh badan atau mungkin langsung tidak dapat menghasilkannya.

Vitamin terkandung di dalam bahan makanan semula jadi, amat penting untuk metabolisme normal tubuh badan kerana dalam jumlah yang mencukupi dalam diet, ianya dapat mengekalkan kesihatan serta mencegah dan mengawal jangkitan penyakit.

Vitamin kebanyakkannya terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Berikut adalah jenis-jenis Vitamin yang diiktiraf iaitu Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D, E & K.

Setiap manusia perlukan tubuh badan yang sihat. Dengan badan yang sihat kita mampu untuk bergerak dan melakukan apa sahaja yang kita mahu. Pergerakan kita juga tiada had dan sekatan. Kesihatan yang baik dapat memberi jaminan kepada kehidupan yang berkualiti, bahagia, gembira dan harmoni. Pastinya semua orang tahu betapa pentingnya kesihatan kepada tubuh badan!

Vitamin Dan Kesihatan
Untuk mengekalkan kesihatan, vitamin yang secukupnya amat diperlukan untuk mencegah dan mengawal tubuh badan agar terhindar dari jangkitan penyakit. Oleh itu jelas di sini akan fungsi serta kaitan diantara Vitamin dan Kesihatan.

Berikut adalah senarai fungsi vitamin kepada tubuh badan dan pilihan jenis makanan yang mengandungi vitamin tersebut.

Vitamin A – retinol, retina dan empat karotenoid (termasuk beta karotena).
Kekurangannya boleh menyebabkan rabun dan keratomalacia (gangguan mata yang menyebabkan kornea yang kering)
Sumber yang baik adalah hati, minyak ikan kod, lobak merah, brokoli, kentang manis, mentega, kangkung, bayam, labu, Collard hijau, beberapa keju, telur, aprikot, tembikai tembikai, susu.
Vitamin B1 – tiamin
Kekurangannya boleh menyebabkan beri-beri, Wernicke-Korsakoffsyndrome
Sumber yang baik adalah yis, daging, bijirin, biji bunga matahari, beras perang, gandum, asparagus, kubis bunga, kentang, jeruk, hati, dan telur.
Vitamin B2 – riboflavin
Kekurangannya boleh menyebabkan ariboflavinosis
Sumber yang baik adalah asparagus, pisang, bendi, lobak, keju lembut, susu, yogurt, daging, telur, ikan, dan kacang hijau.
Vitamin B3 – niasin, niacinamide
Kekurangannya boleh menyebabkan pellagra
Sumber yang baik adalah hati, jantung, buah pinggang, ayam, daging lembu, ikan (tuna, salmon), susu, telur, avokado, kurma, tomato, sayur-sayuran berdaun hijau, brokoli, lobak merah, kentang manis, asparagus, kacang-kacangan, biji-bijian, kekacangan, cendawan, dan ragi.
Vitamin B5 – Asid Pantothenic
Kekurangannya boleh menyebabkan paresthesia
Sumber yang baik adalah daging, bijirin penuh (pengilangan boleh mengeluarkannya), brokoli, alpukat, royal jelly, ovari ikan.
Vitamin B6 – pyridoxine, pyridoxamine, pyridoxal
Kekurangannya boleh menyebabkan anemia, neuropati periferal
Sumber yang baik adalah daging, pisang, biji-bijian, sayur-sayuran, dan kacang-kacangan.
Vitamin B7 – Biotin
Kekurangannya boleh menyebabkan dermatitis, enteritis
Sumber yang baik adalah kuning telur, hati, beberapa sayur-sayuran.
Vitamin B9 – asid folik, asid folinic
Kekurangannya boleh menyebabkan kekurangan kehamilan dikaitkan dengan kecacatan kelahiran
Sumber yang baik adalah sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, ibu roti, beberapa produk bijirin diperkaya, biji bunga matahari.
Vitamin B12 – cyanocobalamin, hydroxycobalamin, methylcobalamin
Kekurangannya boleh menyebabkan anemia megaloblastic
Sumber yang baik adalah ikan, kerang-kerangan, daging, ayam, telur, susu, dan produk tenusu. Sesetengah bijirin diperkaya dan produk soya dan juga diperkaya yis pemakanan.
sumber-vitamin-shaklee-bagus-untuk-kesihatan
Sumber Vitamin

Vitamin C – asid askorbik
Kekurangannya boleh menyebabkan anemia megaloblastic
Sumber yang baik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah plum dan buah camu camu mempunyai paling tinggi kandungan vitamin C dari semua makanan. Hati juga mempunyai vitamin C.
Vitamin D – ergocalciferol, kolekalsiferol
Kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket, osteomalacia
Sumber yang baik: adalah melalui kulit selepas terdedah kepada cahaya ultraviolet B dari matahari atau sumber buatan. Juga terdapat dalam lemak ikan, telur, hati lembu, dan cendawan.
Vitamin E – tokoferol, tokotrienol
Kekurangannya sesuatu yang luar biasa. Boleh menyebabkan anemia hemolitik ringan pada bayi baru lahir
Sumber yang baik adalah buah kiwi, badam, alpukat, telur, susu, kacang, sayur-sayuran berdaun hijau, minyak sayuran tak panas, germa gandum dan bijirin penuh
Vitamin K – phylloquinone, menaquinones
Kekurangannya boleh menyebabkan pendarahan diatesis
Sumber yang baik adalah sayur-sayuran berdaun hijau, avokado, buah kiwi. Pasli mengandungi banyak vitamin K.



Produk Shaklee merupakan nutrisi kesihatan paling bagus, selamat, berkesan dan dipercayai. Ianya adalah makanan suplemen terbaik yang terbukti melalui kajian saintifik dan testimoni pengguna sejak lebih setengah abad lamanya. Kenapa vitamin shaklee bagus untuk kesihatan?


Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan setiap kenapa itu menunjukkan bahawa sel-sel otak sedang berhubung! Oleh itu, untuk mengenali produk vitamin ini lebih dekat, kita perlu memahami konsep dan maksud sebenar yang mendefinasikan sebagai vitamin shaklee adalah produk yang bagus untuk kesihatan.


Soalannya, kenapa pengguna Shaklee begitu setia??


Jom kita teruskan membaca kenapa supplements Shaklee terbaik Di Malaysia

1. HANYA SAINTIS HEBAT YANG MENCIPTAKAN SHAKLEE

Mari kita berkenalan dengan orang orang hebat di Shaklee.

a. Dr Forrest C. Shaklee

Tengok nama pon dah tahu kan, mesti lah ni pengasas Shaklee. Beliau sangat sangat percaya yang kita semua ni terlebih makan, tapi kekurangan nutrisi. Makan dah banyak, tapi masih ramai yang sakit.

Daripada situlah, beliau sangat tekankan pemakanan untuk kekal sihat. Bukan makan je apa yang boleh.

Pada tahun 1915, beliau telah merekodkan penciptaan pertama Vitalized Minerals, vitamin pertama di dunia! Dan daripada sini lah tercetusnya perkataan VITAMIN.

Ha, bangga tak bangga kami ni sebagai pengguna dan pengedar Shaklee?
Saya bangga dan bersyukur menjadi sebahagian daripada sejarah.

Dr Forrest bersama Dr colonel memulakan bisnes masa umur mereka 60-an.

b. Dr Yasuhiko Kojima

Penerima PHD dalam Bidang Sains Perubatan daripada Universiti Tokyo ini merupakan saintis pertama yang jumpa INTERFERON. Saintis hebat ini jumpa Interferon masa membuat kajian vaksin 'smallpox'

Terinspirasi dengan konsep 'harmoni with nature' oleh Dr Forrest Shaklee, Dr kojima dalam kajiannya selama 40 tahun, beliau akhirnya menemui sumber semulajadi untuk meningkatkan imunisasi badan.

Dan produk tu adalah NUTRIFERON yang kami gunakan sekarang ni untuk meningkatkan imunisasi anak-anak hinggalah dewasa.

40 tahun kajian berterusan. Pengsannnn. Produk sekarang yang ada kat pasaran? Er krik krik krik.

c. Dr Elizabeth Blackburn

Penerima Nobel Prize Winner in medicine pada tahun 2009, beliau merupakan penerima PHD daripada Universiti Cambridge. Dr Elizabeth lebih banyak melakukan kajian berkaitan Telomere.

Telomere merupakan pelindung bagi kromosom di setiap DNA manusia.
packaging vivix pon ada tulis berkaitan telomere

Dan kajian daripada Dr Elizabeth ini lah menyebabkan Vivix semakin diminati dan menjadi produk no 1 shaklee. Kerana apa? Kerana vivix membantu menjaga telomere supaya tidak memendek dengan cepat. Pendek cepat, badan cepat sakit.

Cukuplah 3 orang hebat ni dulu yer. Nak tahu lebih lagi boleh wassap penulis.

Jom kita ke sebab yang kedua pulak kenapa ramai pengguna Shaklee setia hanya dengan Shaklee.


2. SHAKLEE DIBUKTIKAN SECARA SAINS

Shaklee sangat menekankan 'proven by science' untuk setiap produk dan bahan-bahan ramuan dalam setiap produk.

Jom kita tengok kesemua pembuktian sains yang Shaklee lakukan.

a. In-house research

Semua pengeluar produk claim ada buat kajian dan R&D untuk setiap produk. Ye. Dan shaklee pon sama..ada kajian dan R&D sendiri. Tapi yang lebih menariknya, claim by shaklee lebih banyak.


100 peratus berkesan, 100 peratus semulajadi dan 100 peratus dijamin selamat.

Kalau tengok 100%, berbanding yang hanya tulis "semulajadi" je, mana yang lebih konfiden?

Eh eh. Nak tengok tak senarai bahan kimia yang tiada dalam semua rangkaian produk shaklee?

Di Shaklee, kajian demi kajian dibuat setiap tahun. Malahan, Shaklee spend ratusan juta US dollar setiap tahun untuk screening dan R&D demi memastikan setiap produknya selamat dan berkesan serta bebas daripada sebarang bahan kimia bahaya.

b. Clinical Study daripada pihak ketiga

You know what, clinical study adalah tidak perlu bagi syarikan suplement yer. Tapi, Shaklee memang sentiasa over bab sains sains dan research ni. Pihak ketiga yang dimaksudkan adalah pihak universiti bukan pihak shaklee sahaja.

Tapi sebelum tu, clinical study yang dijalankan adalah pada manusia taw.

Bukan pada tikus makmal. Dan Shaklee memang tak pernah buat ujikaji pada haiwan. Memang betul-betul shaklee berpegang pada harmony with nature.

Jom kita tengok contoh study yang dibuat oleh researcher universiti ni. Antaranya adalah, 'bersenam dengan multivitamin vs tanpa multivitamin. Cuba cari dalam jurnal exercise physiology. Mesti ada.

Dan result daripada kajian ni, buktikan mereka yang exercise dengan multivitamin terbukti lebih baik dengan meningkatkan lean mineral dan densiti tulang. Dan multivitamin tu of course lah shaklee brand!

Sape kata vitamin tak penting?


Makan secara sihat, exercise secara teratur, hindari stress dan makan vitamin secara bijak. Okey okey?



c. Landmark study



Saya percaya ramai dah tertanya-tanya apa sebenarnya landmark study ni?


Landmark study adalah kajian penting yang boleh dirujuk oleh setiap orang dalam bidang tersebut.

Bagi shaklee, landmark study dietery suplement study adalah kajian yang dijalankan oleh pihak researcher universiti Berkeley. Kajian adalah berdasarkan questionaire dan sampel darah diambil daripada 3 golongan.

1. Makan vitamin-vitamin Shaklee
2. Tak makan apa-apa vitamin
3. Makan multivitamin jenama famous yang lain.

Keputusan landmark study adalah tetap akan dipaparkan walaulon jika sekiranya result kajian tidak menyebelahi shaklee.

Tapi alhamdulillah, orang yang makan shaklee ternyata lebih sihat daripada orang yg tak makan Shaklee atau tak makan apa-apa suplement.

3. DIIKTIRAF OLEH ORANG YANG HEBAT



Uols, kalau nak tahu bukan kami yang biasa biasa je makan suplement shaklee ni. Tapi orang orang hebat atlet overseas dan olimpik pon makan vitamin shaklee taw.jom kita tengok satu persatu.

a. Agensi kerajaan NASA

Masa NASA ke bulan, NASA memilih Shaklee untuk formulakan suplement keperluan astronouts di sana..formula khas ni untuk semua astronouts di semua misi ke bulan ye.

Bukan itu sahaja, Scott Kelly merupakan angkasawan yang paling lama tinggal di angkasa lepas, ISS selama sebulan. Selain daripada formula khas yg diberi nama Astro-ade, Scott Kelly jugak ambik vitamin shaklee yang sama dengan vitamin Shaklee yang kami makan sekarang.

Umum tahu, di angkasa lepas sinaran UV tidak dilindungi macam kat bumi. Dan dia kembali ke bumi dalam keadaan sihat walafiat. Ha, kat angkasa pon sihat. Kita yang kat bumi pon tentunya sihat jugak.

b. Atlet terbaik dunia

Selalu kan kita tengok jersi bola ada tulis nama nama sponsor? Sponsored by. Sponsor je la.

Atlet tak guna pon produk tersebut. Modal dikeluarkan untuk atlet ni iklankan produk penaja je. Kecuali air 100plus memang atlet Malaysia minum setiap kali beraksi. Tak pernah lagi tengok atlet masa beraksi minum air coke. Hihi.

Namun, berbeza bagi Shaklee. Atlet Shaklee kalau anda perasan bukan 'sponsored by' tapi 'powered by'. Beza tak word tu?

Bezaaa. Atlet shaklee tak pakai baju yang ada logo shaklee atau perkataan shaklee.

Tapi mereka dibekalkan dengan suplement Shaklee untuk memantapkan prestasi ketika beraksi.


Pada Sukan Olimpik Rio 2016, seramai 37 orang atlet Shaklee telah memenangi 16 medal kesemuanya.

Ha, korang yang atlet atlet ni boleh lah lepas ni consider untuk powered by Shaklee vitamin pulak supaya mantop beraksi.

Bukan itu sahaja. Produk shaklee jugak diuji pada keadaan terlampu extreme contohnya pada pendaki Everest, orang amerika pertama tanpa bantuan oksigen pada 1983. Kemudian pada tahun 1986 expedisi ke Kutub Utara yang pertama jugak powered by Shaklee.
Kalau kita biasa-biasa ni je, kompom lah,mesti dah lembik dah.

c. Diiktiraf pelbagai NGO

Tahukah anda, Shaklee diiktiraf sebagai Carbon Foot Print Sifar pertama dunia?


Yang belajar pasal alam sekitar mesti familiar dengan term ni. Ia sangat sangat penting untuk menjaga keharmonian dan sustainable environment.

CFC? NO TO SHAKLEE.

Nak bagitaw 1 rahsia jugak. Omega guard Shaklee diextrak daripada ikan kan? Shaklee mendapat pengiktirafan 'Friend of Sea' sebab hanya ambik ikan yang diluluskan sahaja dan tidak menjejaskan ekosistem laut.wow, impressive!!

Bahkan Shaklee jugak dianugerahkan sebagai EPA Climate Leaders kerana berjaya mencapai nett zero greenhhouse emission bertahun-tahun.  Superb! Kat Malaysia ada ke?

Apakah company suplement lain begini?

Tanya dan selidik jika anda amalkan vitamin keluaran jenama lain.

4. Bahan-bahan non-GMO

Demi memenuhi keperluan manusia yang semakin ramai setiap tahun, makanan perlu dihasilkan dengan cepat. Disebabkan tu lah, industri pertanian perlu modify biji benih ke arah yang lebih cepat dituai hasilnya.

Tapi di Shaklee, setiap bahannya adalah disahkan bukan GMO melalui program 'Identity Preserved Program'.

5. Tiada bahan pengawet, pewarna atau pemanis tiruan

Memilih suplement untuk consumption jangka panjang wajib dengan kebijaksanaan.

Gula, pewarna dan pengawet memang antara item yang perlu dipandang serius.

Gula, jika terlebih boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Jika gula tiruan? Sila lah faham sendiri.

Setiap produk Shaklee tidak langsung ditambah item item ini. 100% semulajadi adalah prinsip Shaklee.

Disini Adalah Senarai Produk Vitamin Shaklee

Berikut adalah beberapa Produk Vitamin Shaklee yang terbukti bagus untuk kesihatan. Ianya juga didatangkan mengikut set keperluan dan keadaan semasa anda.

Set Vitamin Shaklee Anti-Penuaan : ESP, Collagen Powder, Vivix
Set Vitamin Shaklee Anti-Oksidan : CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Set Vitamin Shaklee Skin Care : BComplex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Collagen, Vivix
Set Kurus Shaklee : ESP, Herblax, Alfalfa, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix
Set Vitamin Shaklee Mengandung : Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
Set Vitamin Shaklee Berpantang : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
Set Vitamin Shaklee Breastfeeding : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Vitamin Shaklee Kesihatan Lelaki : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Vitamin Shaklee Kesihatan Kanak-kanak : Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Meal Shakes
Set Vitamin Shaklee Remaja (12 years ++) : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Set Vitamin Shaklee Kencing Manis : GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Set Vitamin Shaklee Gout : Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
Set Vitamin Shaklee Kesihatan Sendi : Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard, Ostematrix
Set Vitamin Shaklee Immune Booster : Vitalea, NutriFeron
Set Vitamin Shaklee Asma, Sinus (Resdung), Allergi, Hives (Gegata), Eczema : Alfalfa, B-Complex, Vitamin C


Vitamin Shaklee Bagus kan
Setelah kita melihat kepentingan vitamin kepada tubuh badan, tidak dapat dinafikan lagi ianya satu nutrisi terpenting untuk mengekalkan kesihatan dengan mencegah serta mengawal jangkitan penyakit. Tapi kita sering bermasalah dan agak sukar untuk mendapatkan vitamin kerana terlalu banyak makanan yang perlu dimakan dan dipilih. Begitu juga untuk mengekalkan kandungan vitamin dalam jumlah yang diperlukan adalah sesuatu yang mustahil dilakukan.

Shaklee Always Works, Safe and Green
Disinilah peranan produk vitamin Shaklee dalam membantu tubuh badan anda untuk mendapatkan vitamin yang secukupnya. Dengan pengalaman melebihi 50 tahun dalam penyelidikan, pembuatan dan pengeluaran, Shaklee begitu arif dan pakar dalam menyediakan vitamin yang sesuai, selamat, berkualiti dan sempurna untuk keperluan kesihatan anda.

Ianya telah dibuktikan melalui pelbagai testimoni dan anugerah yang telah dicapai oleh Shaklee! Tiada yang mampu menafikannya! Malah produk ini juga diperakui halal untuk umat Islam di Malaysia.

Maka kini, jawapannya sudah jelas…kenapa Vitamin Shaklee amat bagus untuk kesihatan! Jika kita memahaminya bermakna sel-sel otak kita sudah cukup berhubung untuk memilih produk Vitamin Shaklee sebagai suplemen makanan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan kita.

Yang paling orang suka cari sekarang ini,adalah SET KURUS SHAKLEE dimana kurus adalah idaman semua orang termasuklah Siti.


Jom kalau ada apa apa ,boleh klik niSITIMAN772

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#sitiman772
#akukayadanberjayadiduniadandiakhirat


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.



No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...