Tuesday 7 February 2023

Kenapa Orang Muda kena Mulakan bisnes dari awal

21092k19 #blogcontestjutawan
Kenapa Orang Muda kena Mulakan bisnes dari awal

Assalaamualaikum.
Kenapa!
Kenapa!
Kenapa!

Alaa kan Pepatah melayu ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Lagipn 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan kan.

Ok

Jutawan Muda!

Wah…bestkan kalau kita dapat jadi jutawan muda-muda lagi.
Alhamdulillah, untunglah jika berusia bawah 30-an dan dah mampu kumpul kekayaan.

Banyak faedah dan kelebihan yang akan perolehi bila ada buat bisnes.

Bukan tu sahaja,boleh berbangga dengan diri sendiri jika bisnes boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Lagi pula,sedang berdiri di atas usaha sendiri. Boleh kecapi segala apa yang mahu dengan wang yang diperolehi.

Siapa tak cemburu bila dengan umur yang muda, sudah menggapai impian , memiliki sesuatu yang orang yang seusia dengan belum miliki, boleh kumpul kekayaan sendiri dan bermacam-macam lagi lah.
 
DAPAT KUMPUL PENGALAMAN

Bersyukurlah jika dalam usia yang belum mencecah 30 tahun,sudah ada bisnes atau baru nak berjinak dalam dunia perniagaan.

Tak kiralah jual produk orang atau jual produk sendiri. Pasti tahu, nak berniaga ni, tak semestinya perlu ada bisnes sendiri.

Jangan risau, sudah ada proven result yang dengan jual barang orang, juga boleh kaya dan berjaya.

Paling penting, komited, rajin, tekun, berilmu dan tahu cara pemasaran yang betul.
 
KEWANGAN YANG STABIL

Bisnes akan berikan kita kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.
Kita cuma perlu tahu berapa kita nak dapat pada bulan itu, dan kita berusahalah untuk capai sales target yang dah kita tetapkan.

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang nak dibuat lebih awal.
 
MEMINIMUMKAN RISIKO

Dalam pelaburan, perniagaan atau kehidupan secara umumnya, boleh minimumkan risiko rugi dan ‘tutup bisnes awal’.

Jika buat kesilapan dalam bisnes, seperti pelaburan yang kurang baik, ada lebih banyak masa untuk perbaikinya dan belajar dari kesilapan tersebut.

Juga mempunyai aset yang kurang dan tidak terikat seperti orang berumur lebih tua.

Ia bermakna, akan lebih cepat sesuaikan diri dan sekiranya pelbagai cabaran datang di masa depan, tidak lagi terkejut dan boleh selesaikan dengan hati yang tenang.

Di usia yang muda ini, jika menghadapi risiko dan gagal dalam bisnes, dilihat sebagai kurang berpengalaman dan ilmu.

Untuk atasinya, boleh pergi mencari ilmu dan mentor untuk tunjukkan cara yang betul dan benar.

ADA BANYAK MASA

Semangat dan keinginan orang muda biasanya lebih kuat jika nak dibandingkan dengan orang yang dah melepasi umur 30-an.

Mereka biasanya lebih positif, produktiviti yang lebih tinggi dan mereka lebih banyak enjoy ketika berkerja.

Mereka bukannya tak bekerja, tetapi mereka bekerja dalam keadaan yang tidak stress dan enjoy dengan dengan kerja yang mereka lakukan.

Kadang-kadang, mereka juga suka bertindak tanpa berfikir panjang dan suka menghabiskan duit dengan perkara yang tak berfaedah.

Apa kata kurangkan aktiviti hiburan. Masih ada banyak masa untuk berhibur dan masih banyak peluang menanti kerana masih muda.

Jika terlalu leka,mungkin cepat untuk naik dan cepat juga untuk jatuh.

INI BUKAN YANG TERAKHIR!

Mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes.

Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala di atas dan ada masanya di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada berjaya teruskan perjalanan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup.

#sitiman772

#ProjekBlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#akukayadanberjayadiduniajuadiakhirat

No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...