Saturday 1 April 2023

JOM VARIASIKAN MENU SAHUR YANG SIHAT

MENU SIHAT SEMASA BERSAHUR
31/3/2023 
By SITIMAN772


Assalaamualaikum,apa khabar semua?Siti doakan kita semua sihat sihat dan bersemangat dalam bulan Ramadhan ni.

Dalam kita mengharungi ujian berpuasa dalam bulan Ramadan, pasti ramai yang baru sahaja masuk waktu tengah hari dah berkeroncong bunyi perut kerana lapar. Mana tidaknya, semasa bangun bersahur hanya makan ala kadar dan makanan pun tak kaya dengan sumber khasiat. Walaupun ada keinginan nak cuba menu sahur dan puasa, kenalah pandai pilih bahan yang ada dalam makanan tersebut ya!

Disini kenapa perlu makan secara sihat sepanjang bulan Ramadan?

Ini adalah penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Jika masalah ini berlaku boleh mengganggu tumpuan kita yang sedang berpuasa.


MAKAN SECARA SIHAT


Makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun di bulan puasa.

Semua kumpulan makanan perlu diambil mengikut Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam.

Selain itu, ambil air secukupnya sama ada dalam bentuk minuman atau sup.


HIDANGAN SIHAT BERBUKA PUASA
Rata-rata gemar berbuka puasa dengan minuman dan kuih-muih manis. Bagi mengelakkan makan secara berlebihan, ambil makanan ringkas terlebih dulu ketika berbuka puasa. Ini juga mengelakkan ketidakselesaan sistem penghadaman.

Mengikut sunnah, lebih afdal mengambil kurma sebagai makanan pertama ketika berbuka. Kurma kaya dengan tenaga dan serat.

Pengambilan makanan pedas dan berempah juga tidak digalakkan ketika berbuka puasa. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari.

Berikut contoh cadangan menu yang bagus diambil sepanjang Ramadan:

BERBUKA

3 biji kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
MAKAN MALAM1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.
MAKAN LEWAT MALAM (MOREH)Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.


SAHUR
Amalan bersahur penting semasa berpuasa bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari.

Sebaik-baiknya, waktu bersahur setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur tidak digalakkan.

Semasa bersahur digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat.

Pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi ketika bersahur.

Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.


Ok kat sini Siti ada Menu Sahur yang sangat sihat dan bertenaga sepanjang kita berpuasa.

1. Oat

Oat merupakan antara hidangan sihat yang popular.

Terdapat banyak khasiat dalam oat antaranya karbohidrat kompleks dan serat yang membekalkan tenaga serta membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.

Kalau oat terasa ‘plain’, boleh tambahkan buah-buahan atau kekacang supaya lebih sedap di samping memberi khasiat lebih. 


2. Sayur-sayuran

Puasa juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal pemakanan. Apa kata sediakan sup sayur ketika sahur.

Mungkin ada yang takut lapar disebabkan bersahur hanya makan sayur. Jangan risau kerana nutrisi daripada sayur dapat mengurangkan keinginan kita untuk makan.

Beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, brokoli dan lobak merah sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana rendah kalori dan tinggi kandungan air.


3. Telur

Telur ialah antara makanan yang paling mudah disediakan. Tapi, ia juga merupakan antara makanan yang paling berkhasiat.

Apa yang membuatkan telur sebagai makanan wajib untuk sahur ialah kerana kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral serta rendah kalori.

Kandungan nutrisi yang tinggi inilah membuatkan kita kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa lapar pada siang hari.  


4. Avokado

Semangkuk avokado yang dimakan waktu sahur mampu mencegah rasa lapar ketika berpuasa. Sebiji avokado mengandungi serat serta lemak sihat yang memerlukan waktu yang lama untuk dihadam. Ia juga kaya dengan khasiat lain seperti folat, kalium dan vitamin E untuk kesihatan menyeluruh. Sebab itulah kita akan rasa kenyang lebih lama. 

5. Buah Epal

Khasiat dari sebiji epal juga dapat membantu kita rasa lebih bertenaga ketika berpuasa.

Kandungan air dan serat yang tinggi mampu mengekalkan rasa kenyang pada masa yang lama.

Epal bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan vitamin seperti kalium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan.

Jangan buang kulit epal ya! Kulit epal mengandungi serat pektin yang turut berfungsi untuk mengawal nafsu makan.


6. Kekacang

Kacang seperti badam dan gajus amat sesuai untuk dijadikan makanan sampingan dalam hidangan sahur.

Kandungan penting seperti serat, protein dan karbohidrat kompleks dalam kacang amat membantu dalam membekalkan tenaga sepanjang hari.

Elakkan mengambil kacang yang mengandungi perasa tambahan seperti garam atau gula supaya khasiatnya terpelihara. 

7. Barli / Muesli

Hari-hari makan nasi pun boring juga kan…?

Jika anda mahukan kelainan, anda juga boleh cuba barli atau muesli untuk dimakan ketika sahur.

Padat dengan khasiat serat dan protein, kedua-dua ini ialah makanan yang menggabungkan kebaikan daripada bijirin berserat tinggi.

Barli boleh diolah menjadi bubur manis atau savouri.

Manakala muesli padat dengan kebaikan daripada kekacang, buah-buahan kering dan bijian.

Sangat enak dimakan dengan susu segar atau susu lain pilihan anda.

Selain dimakan sebagai bijirin, muesli juga datang dalam bentuk bar yang lebih mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. 

makanan sahur mengenyangkan

8. Ikan

Ikan juga cukup popular sebagai makanan yang tinggi khasiat protein bagi membekalkan tenaga ketika berpuasa.

Lebih-lebih lagi ikan seperti salmon dan tuna yang tinggi kandungan lemak omega-3, ia turut membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Dengan memadankan ikan panggang dengan sayuran berkhasiat anda boleh menyediakan hidangan sahur berkhasiat di rumah dengan mudah! 

makanan sahur mengenyangkan

9. Kurma

Kebaikan makanan sunnah ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma bukan sahaja sunnah untuk dimakan sewaktu berbuka, namun digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur.

Khasiat seratnya yang tinggi membantu untuk anda kekal rasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman. 

makanan sahur mengenyangkan

10. Beras Perang 

Beras perang merupakan satu lagi bijirin yang kaya dengan karbohidrat kompleks. Hidang beras perang ketika bersahur dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

Kandungan GI (glycemic index) yang rendah dalam beras perang juga membuatkan ia sesuai untuk dijadikan diet harian bagi mengawal gula dalam darah.

Ia juga membekalkan khasiat penting lain seperti kalsium, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium. 

makanan sahur mengenyangkan

11. Daging Merah

Selain ikan, anda juga boleh menyediakan hidangan berasaskan daging merah sebagai sumber protein.

Daging merah juga kaya dengan zat besi dan B12 yang baik untuk kesihatan darah.

Untuk mendapatkan khasiat penuh dari daging merah, pastikan anda memilih daging segar dan elakkan daripada membeli daging yang diproses.  

makanan sahur mengenyangkan


Bulan Ramadhan memberi peluang untuk kita berebut-rebut mengejar pahala dan pengampunan dari Allah.

Bukan itu sahaja, ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal dan merangka semula tabiat pemakanan kita.

Semak semula tabiat pemakanan sebelum ini dan gantikan makanan yang tinggi kalori dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat.

Jangan lupa juga untuk lengkapkan sahur dengan protein seperti telur dan ikan supaya kita rasa kenyang dengan lebih lama.

Kalau nak lebih senang dan lebih bertenaga,haaa boleh la cuba set yang Shaklee set sesiap ni Set Puasa Shaklee. Ada promosi lagi,haa boleh tera tu.


*๐ŸŒ™ PROMOSI SET PUASA 1-2-3 SHAKLEE (WITH CINCH TEA)!*๐ŸŽ‰




*✅ 1) TENAGA SEPANJANG HARI : ESP PROTEIN*
Mengekalkan tenaga harian, membantu masalah gastrik, membantu kesihatan kulit, rambut & kuku. 


*✅ 2) KENYANG LEBIH LAMA : CINCH SHAKE*
Menu bersahur & berbuka yang cepat, lazat, berkhasiat, memberikan rasa kenyang lebih lama, kurangkan rasa lapar & menurunkan berat badan. 

       CINCH TEA MIX


*✅ 3) KEKAL CERGAS,  FOKUS & TAK MENGANTUK : CINCH TEA*
Campuran serbuk Teh Hijau, Putih & Merah yang kaya dengan Polifenol untuk memberi kecergasan, tingkatkan fokus dan elak mengantuk.
Cinch tea ni  juga bantu dalam tingkatkan metabolisme kita. Juga sebagai antioksidan, nak kurus, nak cantik.

============

*๐ŸŒ™HARGA SET PUASA SHAKLEE 1-2-3 (CINCH TEA)*

๐Ÿ”น*Normal Member Price = RM396*

๐Ÿ”น*Promosi = RM260 only!*
*(๐Ÿ’ฐJimat RM136)*

☕️ *FREE Shaklee Double Wall Glass Cup!*


Set ini sesuai untuk 
*seisi keluarga, lelaki, perempuan, warga emas, ibu hamil & ibu menyusu. *

Naaa ni nampak kan kesannya

Jom kekal cergas, sihat & bertenaga dengan Set Puasa Shaklee 1-2-3 ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜ƒ!
Ni satu lagi,berkesan kan

*๐ŸŒ™Selamat Berpuasa buat semua Muslim ๐Ÿ˜Š*

============

Nak dapatkan *PRODUK SHAKLEE* atau nak memulakan *BISNES SHAKLEE*? 
Jom saya bantu ๐Ÿ˜Š

Wasap.my/+60104515320/NakShaklee

SID for Shaklee ,
*SITI HAJAR*


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#sitiman772



Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.






No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...