Pernah Dengar Kan Intermittent Fasting? Cara Diet Dengan Berpuasa, Untuk Kurus Dan Lebih Sihat
Apa itu intermittent fasting?
Intermittent Fasting merupakan tempoh berpuasa pada masa yang sama setiap hari ataupun minggu.Intermittent fasting juga bukanlah satu diet yang boleh diikuti oleh semua orang. Ia mungkin sukar pada mulanya.Tetapi, apabila badan telah menyesuaikan diri, kita akan kurang rasa lapar dan lebih mudah mengawal nafsu makan.
Selain itu, ada juga individu yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent fasting. Amalan mengurangkan makan tidak baik untuk ibu mengandung ataupun mereka yang mempunyai masalah batu karang,gastrik atau diabetes.
Untuk pengetahuan semua, Intermittent Fasting (IF)ini amat berkesan jika kita berhenti makan pada siang hari dan elakkan mengambil apa-apa makanan pada waktu malam, termasuklah snek.
Intermittent Fasting (IF) ni bukan sahaja diminati individu beragama Islam malah individu beragama lain tau. IF juga sangat terkenal di Eropah,terutama dalam kalangan para atlet dan selebriti. Tak kurang juga kat Malaysia, IF sering menjadi tajuk yang sensasi di media sosial dan media massa yang lain.
Lihat sahaja contoh selebriti LISA SURIHANI yang berjaya buat IF,bukan saja sihat malah terserlah kecantikkannya. Subhanallah.
IF sangat lah berbeza dengan diet yang lain - seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh - diet jenis ini lebih berfokus dalam mengatur menu diet dan jenis makanan diet. Konsep diet seperti ini memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti. Oleh itu, Siti rasa konsep ini agak membebankan bagi sesetengah pihak.
Sebaliknya, Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Bukan itu sahaja, malah tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.
Bagaimana Intermittent Fasting Diamalkan?
IF ni membahagikan rutin seseorang kepada dua tempoh waktu. Tempoh waktu itu terdiri dari fasa makan dan fasa berpuasa. Tidak ada menu Intermittent Fasting yang khusus, namun amat disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, kita juga perlu bersenam, bersukan, berkebun atau melakukan aktiviti fizikal yang lain agar kekal sihat dan cergas.
Bagi tempoh fasa berpuasa,
- Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai tempoh fasa berpuasa.
- Kita hanya boleh minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi susu mahupun gula.
- Sesetengah kaedah akan menghadkan jumlah kalori harian kita.
- Kita digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Bagi tempoh fasa makan,
- Kita digalakkan untuk makan dan minum sebanyak 3 kali/sesi dalam tempoh 4-16jam tersebut.
- Makanan dan minuman yang sihat dan seimbang perlu diutamakan (contoh. salad & jus buah-buahan).
- Kita digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak.
- Kita digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang diproses dari kilang.
Melalui kaedah diet IF ini, kita hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, kita akan berpuasa.Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh kita membakar lemak dengan lebih cepat.
Ada bermacam jenis intermittent fasting yang boleh kita amalkan
Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau jenis dalam intermittent fasting yang boleh kita amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan kita untuk melakukannya.
good sharing
ReplyDelete