Sunday, 18 June 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN MUDAH

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN MUDAH
18 JUNE 2K23
by SITIMAN772

Assaalaaamualaikum sahabat semua,terima kasih sudi singgah blog Siti.

Kali ni nak habaq PETUA HILANGKAN JERAGAT. Banyak petua dikongsikan dalam media sosial terutamanya boleh lihat dalam tiktok.

Jeragat ni susah nak hilangkan. Lagi susah dari jerawat. Bila dah ada kat muka, muka mula nampak lebih tua dari usia sebenar. Sampai malu nak jumpa orang. Hilang keyakinan diri. Sudah pelbagai cara buat tapi masih sama..Tahukah anda jeragat perlu dirawat dari dalam. Jika anda hanya menggunakan pencuci muka, krim, ianya hanya mampu merawat lapisan kulit luaran sahaja. Masalah utama dari dalam masih sama.

TIGA JENIS JERAGAT

  1. Seborrhoeic keratoses – Timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
  2. Melasme – Tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
  3. Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher.

Jeragat tidak merbahaya tetapi akan membuatkan kulit nampak kusam dan kotor.

Selalunya jeragat dapat dihapuskan melalui kaedah pembedahan atau sapuan krim.

Individu yang berumur 40 tahun keatas berisiko untuk mendapat jeragat.


PUNCA JERAGAT

  • Terdedah pada punca matahari terik (langsung atau tak langsung)
  • Pengambilan ubat-ubatan (pil hormon, pil menopause)
  • Keturunan
  • Pengunaan alat kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit
  • Jeragat selalunya terjadi pada wanita dengan tona kulit keperangan, sawo matang, kuning langsat adalah berisiko untuk mendapat jeragat dan jeragat akan nampak ketara pada mereka yang berumur 25-50 tahun.

5 SEBAB JERAGAT SUSAH NAK HILANG

1. Tak tahu punca

Kebanyakkan kita wanita tak tahu apa punca sebenar jeragat muncul.

Bila bertanya kebanyakan mereka selalu terdedah dengan pancaran matahari atau haba yang panas.

Terdedah dengan cuaca, haba yang panas bertahun tahun akan menyebabkan jeragat makin kronik.

2. Haid tidak teratur

Haid tidak teratur melibatkan hormon yang tidak stabil.

Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan masalah jeragat

3. Salah Pakai Produk

Kebanyakkan product mengandungi bahan kimia yang tinggi dan merosakkan kulit.

Kulit akan cepat menggelupas.

Kita rasakan kulit muka makin “flawless” , licin akan tetapi sebanrnya bahan kimia itu telah makin merosakkan kulit muka.

Kulit menggelupaskan sel sel kulit yang sepatutnya melindungi kulit muka kita.

Ingat punca utama jeragat apabila kulit muka terdedah pada cahaya matahari, haba.

Lagi lapisan kulit hilang lagi teruk muka terdedah dan jeragat akan makin teruk

4. Terlalu obses pada nak “putih”

Orang Asia sememangnya dilahirkan dengan kulit sawo matang.

Obses terhadap nak terlalu “putih” sehingga ada yang sanggup makan, pakai product “putih” cepat.

Akibatnya bahan kimia dalam product itu akan mengganggu hormon, menyebabkan kulit makin tak sihat.

Bila kulit tak sihat, sel kulit lemah melawan sinaran cahaya matahari dan hormon yang tak stabil.

5. Tak rawat punca utama Jeragat

Kita hanya guna product yang sapu sapu sahaja untuk hilangkan jeragat.

Sedangkan punca utama jeragat adalah dari dalaman.

Jadi sangat penting menjaga, baiki sel sel dari dalam.

Dalam cantik, luaran akan lebih cantik

Di bawah ini disenaraikan beberapa cara menghilangkan jeragat di muka supaya anda tidak lagi perlu malu untuk berjumpa dengan orang atau mempunyai tahap keyakinan yang rendah disebabkan masalah jeragat.

Apatah lagi jika ada jeragat dan bersekali dengan bintik hitam di muka.

Di bawah ini disenaraikan beberapa cara menghilangkan jeragat di muka supaya anda tidak lagi perlu malu untuk berjumpa dengan orang atau mempunyai tahap keyakinan yang rendah disebabkan masalah jeragat.

Apatah lagi jika ada jeragat dan bersekali dengan bintik hitam di muka.

6 CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DI MUKA MENGGUNAKAN BAHAN ALAMI

1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.

Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.

Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita.

Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.

2. ALOE VERA

Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-

- Mencerahkan wajah

- Melindungi dari sinar matahari

- Mengecut dan menghilangkan jeragat

- Mengatasi kulit kering dan berminyak.

- Menghilangkan jeragat.

- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Caranya mudah:-

Campurkan jel aloe vera dengan madu

Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam.

Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan

3. LEMON

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya ialah:-

Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.

4. TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.

Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.

5. OATMEAL

Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.

Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda.

Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Anda boleh mencuba cara ini sehingga anda mendapat hasil yang diingini.

6. DIET PEMAKANAN SIHAT

Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan DIET PEMAKANAN yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan KULIT juga menjadi sihat.

NI PULA VITAMIN VITAMIN SHAKLEE UNTUK HILANGKAN JERAGAT

1. GLA

Feedback dari customer yang suka sangat makan GLA.

Asalnya ambil GLA untuk cyst.

Sekali dia bagitau… ” Siti tau tak.. jeragat kat muka akak ni dah makin hilang tau”

GLA ni glemer vitamin untuk stabilkan hormon tapi kenapa jeragat boleh hilang pulak?

Jeragat berlaku apabila melanocytes (yang merupakan sel yang menyebabkan pigmentasi kulit) dirangsang oleh tahap progesteron dan estrogen yang tidak normal.

Ini menyebabkan sel-sel ini menghasilkan tahap tambahan melanin (kompaun yang bertanggungjawab untuk pigmentasi kulit), menyebabkan perubahan warna kulit.

Sebab itulah guna produk apa pun serba tak jadi. Hormon kena stabilkan dulu .

2.Vitamin C

Fungsi penting vitamin c dalam mengatasi jeragat ialah:

  • Mencerahkan tompok jeragat dengan cepat
  • Memulihkan sel kulit mati dengan aktif dan selamat
  • Menyekat bintik hitam baru dari tumbuh semula
  • Menghalang kulit mati kesan dari sinar UV
  • Menganjalkan kulit
  • Menghilangkan parut jerawat yang akan membentuk jeragat

3.Vitamin E

Antara punca jeragat adalah bila kulit terdedah pada panas.

Kesan sinar UV bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E mampu menghalang sel rosak sebanyak 57%.

Vitamin E akan meneutralkan kesan sinar UV yang merosakkan sel kulit.

TESTIMONIAL SET JERAGAT SHAKLEE


PUDARKAN PUNCA JERAGAT HANYA DENGAN 4 KOTAK COLLAGEN SHAKLEE

Kolagen shaklee memang terbaik, sumber dari ikan merah, memang bagus untuk wanita yang inginkan kulit cantik dan hilangkan jeragat.


Kolagen penting, antara yang membuatkan badan kita ini sihat ke, tua ke, cergas ke.

Jadi, korang tahu tak fungsi kolagen ini ? Oklah, hari ini Siti nak share sikit,

15 fungsi kolagen yang membuatkan korang akan rasa lebih muda berseri seri, hehehe.

  1. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  2. Mengecilkan liang-liang roma
  3. Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
  4. Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
  5. Mengembalikan keanjalan kulit
  6. Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
  7. Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan kolagen
  8. Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
  9. Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
  10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
  11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
  12. Mengurangkan garis halus pada leher
  13. Menguatkan gusi anda
  14. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
  15. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Walau bagaimanapun, semakin kita tua semakin perlahan kadar penggantian tersebut.

Tanda-tanda penuaan seperti kulit kusam, bermula apabila sel-sel lama melebihi sel-sel baru.

Walaupun tidak ada cara untuk sepenuhnya menghentikan sel-sel kulit daripada penuaan, resveratrol menggalakkan badan anda untuk mengekalkan tisu yang sihat, yang memanjangkan jangka hayat sel-sel dan memastikan kulit anda berseri.


VIVIX : MINUMAN BOTANI TERBAIK POLIFENOL RESVERATROL

Vivix Shaklee mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!


Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis.

Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC

(Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods )

JOM ORDER SET JERAGAT  SHAKLEE

Sila hubungi Siti untuk mendapatkan konsultasi tentang set jeragat Shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Siti. Penghantaran sekitar Bertam,Kepala Batas, Penaga,Teluk Air Tawar,Paya keladi,Permatang tinggi dan sekitarnya.

Nak jadi sebahagian ahli team Siti?

Anda boleh layari website Shaklee DAFTAR SINI untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun

Whatsapp Siti di sini dan Siti akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: Siti Hajar

Whatsapp: 0104515320 Klik Sini

Page FB:SITIMAN772

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Kepala Batas,Pulau Pinang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_ Sitiman772 :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan KLIK SINI



#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.



No comments:

Post a Comment

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...