Pages

Saturday 17 June 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PILIHAN KITA

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PILIHAN KITA
18 JUNE 2K23
by SITIMAN772

Assalaamualaikum,terima kasih singgah blog Siti,bertemu lagi kita,entry kali ni nak sembang, jom amalkan gaya hidup yang sihat.

Ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri bagitau,kita kena jaga dua perkara. Yang pertama pemakanan kena jaga. Yang Kedua berkawan. Pilih kawan yang membawa kita kearah kebaikan bukan kearah keburukan.

Tapi la ni nak sembang bab pemakanan ja.

Dalam era modenisasi ini, pastinya ramai tertanya-tanya apakah cara mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini kerana, kita sering dikejutkan dengan berita yang tidak berapa sedap untuk didengari berkenaan masalah kesihatan rakyat Malaysia. 

Sebagai contoh, meningkatnya kes-kes penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan lain-lain penyakit yang berkaitan. Malaysia kini dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. 

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami berat badan berlebihan (obesiti) atau lebih dikenali sebagai kegemukan. 

Oleh itu, kita mestilah mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan tersebut agar tidak menjadi seperti peribahasa Melayu “nasi sudah menjadi bubur”.

Kehidupan yang sihat, ceria, bahagia dan selamat sememangnya merupakan impian setiap manusia di dunia ini. Bagi mencapai impian tersebut, pengamalan cara  hidup yang sihat merupakan langkah yang seharusnya diamalkan. 

Rakyat di negara Malaysia kini semakin sedar akan kepentingan mengamalkan disiplin kehidupan yang sihat sebagai cara hidup bagi merealisasikan impian untuk hidup lebih sihat, bahagia dan selamat itu tercapai.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. 


Amalan Gaya hidup yang sihat didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. 

Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat antaranya adalah dengan menjaga pemakanan seharian, melakukan senaman atau riadah, jauhkan diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran daripada terjebak melakukan perkara yang menjejaskan kesihatan, dan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

1. Menjaga Pemakanan Seharian 

Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Antara makanan-makanan yang paling utama atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti: 

🍇Nasi 
🍇Bijirin 

Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya, pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti:- 

✔️Sayur-sayuran 
✔️Buah-buahan

Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk membekalkan vitamin serta serat kepada badan manusia. 

Di samping itu, berdasarkan piramid makanan juga, ia menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula. Ini kerana ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

2. Melakukan Senaman atau Riadah 

Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain juga adalah dengan melakukan aktiviti senaman dan riadah yang penting untuk tubuh badan kita. 

Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. 

Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah memadai untuk dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit.

3.Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri

Pengamalan juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stres. 
Tekanan diri adalah gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. 

Ianya melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada masalah rumah tangga.

Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri. 

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani tekanan diri ialah seperti:- 

🥀Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar ataupun kaunselor.

🥀Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga

🥀Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasi diri.

Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita supaya hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur. 

4. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran 

Amalan seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Ini adalah untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan. 

Antaranya adalah seperti tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. 

Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau ke longkang luar rumah juga adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. 

5. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan 

Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikianboleh menjejaskan 
kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang. 

Contoh aktiviti negatif tersebut adalah seperti:- 
🌸Penagihan dadah 
🌸Ketagihan arak 
🌸Seks rambang 
🌸Menghisap rokok 

Secara jelasnya, tabiat seperti menghisap rokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. 

Dengan menghindari merokok juga, anda juga dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memberi keseronokkan. 

Tambahan pula, dengan meminum arak akan mendatangkan implikasi teruk kepada mental serta fizikal kepada mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan terjebaknya seseorang itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat. 

Sebagai peringatan, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini bukan sahaja akan menerima kemudaratan kepada diri sendiri, bahkan juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh masyarakat. 

Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah mahupun rokok serta arak. 

Mengawal dan mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan memberi kebaikan kepada masyarakat. 

6. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan 

Kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat biasanya akan berjumpa dengan doktor hanya bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan seseorang membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta dengan kekerapan masa sebanyak dua kali setahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik. 

Ni tiga Saranan Shaklee Untuk Kehidupan Lebih Baik

Shaklee ni sangat pentingkan kesihatan. Shaklee adalah penyokong tegar gaya hidup sihat, termasuk pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak dan senaman yang kerap – selama lebih 100 tahun. Dan kami sangat berbangga dapat menerbitkan Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee (Shaklee Dietary Supplement Study), satu kajian unggul pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat suplemen dalam jangka panjang di kalangan populasi pengguna unik.


Shaklee menyarankan tiga langkah di bawah untuk kehidupan yang lebih baik.

1. Makan secara sihat
Berikan badan kita nutrisi seimbang yang diperlukan dengan mengambil pelbagai jenis nutrient daripada makanan setiap hari.

Pelan pemakanan sihat kita termasuklah
  • Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan susu tanpa lemak atau rendah lemak. 
  • Sertakan daging, ayam, ikan, soya, telur dan kekacang 
  • Elakkan makanan tinggi lemak, lemak trans, kolesterol, garam (sodium) dan gula tambahan.

2. Bersenam dan capai berat yang sihat

Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan kita untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik

Untuk kekalkan kesihatan optimum:
  • Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3-60 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Tetapkan matlamat untuk melakukan 10,000 langkah atau lebih setiap hari.
  • Tingkatkan waktu latihan atau lakukan secara intensif untuk manfaat kesihatan dan untuk mendapatkan berat badan ideal.

3. Suplemen secara bijak

Amalkan pemilihan makanan yang teratur sebagai sebahagian daripada rutin harian untuk menyokong gaya hidup sihat.

  • Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah
VITA-LEA(MULTIVITAMIN)

  • Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat
    ESP SHAKLEE KAYA DENGAN PROTIEN
  • Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega-3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolic dan keradangan
OMEGA GUARD

  • Nutrient anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mengambil anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena
VITA-C PLUS

VITA -E COMPLEX

  • Pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat
B-COMPLEX

  • Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.


Secara kesimpulannya, terdapat banyak amalan yang perlu kita lakukan antaranya seperti perkara yang dinyatakan di atas untuk membolehkan kita supaya terus hidup sihat. Amalan ini harus dipupuk serta disedari oleh kita sejak daripada kecil lagi. 

Ibu bapa serta anggota keluarga lain juga memainkan peranan dalam mendidik kita mengamalkan gaya kehidupan ini. 

Mulakan langkah kita hari ini untuk kesihatan secara menyeluruh. Hidup Sihat, Hidup Hebat :)

Akhir sekali, peribahasa Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat. Ni pula KATA KATA MOTIVASI untuk lebih bersemangat dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seharian.

Nak kesihatan yang lebih menyeluruh boleh terus amik SET HELLO NEW YOU. Set ni memang terbaik,auto boleh kurus.


Nak order Shaklee, Whatsapp Siti ok ;)

Nak jadi sebahagian ahli team Siti?

Anda boleh layari website Shaklee DAFTAR SINI untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun

Whatsapp Siti di sini dan Siti akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: Siti Hajar

Whatsapp: 0104515320 Klik Sini

Page FB:SITIMAN772

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Kepala Batas,Pulau Pinang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_ Sitiman772 :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan KLIK SINI



#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekepalabatas
#sitiman772


Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


 






No comments:

Post a Comment