Pages

Wednesday 22 March 2023

INTERMITTENT FASTING DAN KEBURUKANNYA

INTERMITTENT FASTING DAN KEBURUKANNYA YANG KITA TIDAK TAHU

22 MARCH 2023

SITIMAN772

Sebelum ini Siti dah share tentang INTERMITTENT FASTING kan,boleh la sekodeng kat sini jugak INTERMITTENT FASTING(IF) member punya cerita la. Boleh tambah ilmu jugakkan. Bacalah ya.


Ramai yang mula mengamalkan IF memberitahu ia membantu mereka untuk lebih menikmati makanan selain memahami perbezaan di antara lapar dan mengidam.

Ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan bagi yang mengamalkan diet jenis ini.

1. Hipoglikemik

Bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan IF, mereka mungkin akan mengalami hipoglikemik atau keadaan di mana kadar gula dalam darah sangat rendah.

Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala, denyutan jantung meningkat, berasa pening dan mual.

"Ketika anda tidak makan, tubuh akan membakar glikogen (glukosa yang disimpan) pada hati dan otot, kemudian ia akan mula membakar lemak," kata pakar pemakanan Frances Largeman-Roth.

Bagaimanapun, keadaan itu hanya berlaku pada peringkat awal dan selepas itu tubuh akan mula menyesuaikan diri.

2. Menurunkan rasa mengidam

Frances memberitahu, mereka yang mengamalkan deit ini mampu menjaga keseimbangan gula dalam darah dengan lebih baik kerana IF memaksa seseorang untuk berhenti makan pada waktu tertentu.

IF juga meningkatkan rasa kenyang melalui penghasilan hormon pengurangan nafsu makan. Sebuah kajian pada 2019 turut mendapati diet ini dapat membantu menurunkan kadar ghrelin - iaitu hormon yang merangsang rasa lapar terutamanya pada individu dengan masalah obesiti.

Ia turut meningkatkan kemampuan seseorang untuk membakar karbohidrat dan lemak untuk ditukarkan sebagai tenaga.

3. Meningkatkan sensitiviti insulin

Kajian pada 2018 mendapati bahawa lelaki dengan pradiabetes yang mengikuti IF meningkatkan sensitiviti insulin mereka sekaligus menguruskan gula dalam darah dengan lebih baik.


Ini kerana setiap kali makan, tubuh akan melepaskan hormon insulin untuk memindahkan gula daripada saluran darah ke sel dalam tubuh untuk ditukarkan sebagai tenaga.

Prof Redza ada bagitau empat hormon ini akan bagi signal kat otak kita

Dimana Allah jadikan hormon ghrelin untuk menghantar signal lapar kepada otak manakala hormon leptin menghantar signal kenyang. Info menarik yang Siti dapat dari kelas Prof Redza tempoh hari yang mana hormon leptin ini mengambil masa selama 10 minit untuk hantar signal kenyang manakala hormon Ghrelin mengambil masa hanya beberapa saat sahaja untuk menghantar signal lapar.

Selari dengan apa yang Rasulullah ajarkan kepada kita untuk makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dapat relatekan?

Bagaimanapun pesakit diabetes yang bergantung kepada suntikan insulin harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan diet ini kerana ia mungkin dapat mempengaruhi kesan ubat.


4. IF dan senaman

Berpuasa dan bersenam bukan satu masalah tetapi ia harus dilakukan secara sistematik agar seseorang tidak kehilangan tenaga dengan cepat.

Mereka yang menjalani IF disarankan untuk melakukan senaman lebih ringan terutamanya ketika baru mencuba diet itu agar tubuh dapat menyesuaikan diri. Waktu terbaik untuk bersenam adalah pada awal atau akhir IF.

Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF dibenarkan untuk kita minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi semasa “berpuasa”.

Puasa di bulan Ramadhan pula adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari sepanjang bulan Ramadhan.

Ini bezanya IF dengan puasa Ramadhan. Tapi kenapa orang nak buat Intermittent Fasting ni? 

Kerana nak dapat kelebihan AUTOPHAGY.



Apa itu autophagy? 

Autophagy adalah proses semulajadi yang terjadi ketika tubuh kita membersihkan dan menggantikan bahagian sel yang rosak dengan yang baru.

Autophagy ni berlaku dalam proses Endocannabinoid system. Dan ini bagusnya autophagy yang ramai orang tak tahu.

Jom kita tengok apa kerja autophagy ini.

Autophagy merupakan satu proses yang mana dia akan membersihkan badan pada tahap cellular. Bayangkan, dalam badan kita terdapat banyak sel yang hampir rosak. Jadi, autophagy ini akan membantu untuk screen sel-sel itu dan baiki semula.

Secara logiknya, apabila kita mengambil gula yang berlebihan maka sel akan kandung banyak gula. Ia akan membentuk AGE protein dan merosakkan sel-sel dalam badan.

Jadi, bila kita buat autophagy ini dia akan baikkan semula sel-sel semua. Ibaratnya dia akan mencantikkan rumah kita dengan interior design yang cantik.

Kebaikan Autophagy

Terdapat beberapa kebaikan penting jika anda melakukan autophagy ini. Antaranya:

  • Ia membantu menghalang kanser.
  • Membantu mempertingkatkan prestasi otot.
  • Membantu menghalang penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer.
  • Membantu mengawal keradangan.
  • Membantu melambatkan tempoh penuaan.
  • Membantu mempertingkatkan tenaga.

Top Supplement Aktifkan Autophagy

Dr.Redza ada sebutkan beberapa jenis supplement yang dapat bantu percepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu

  1. Revestrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric

Bertuahnya untuk pengamal Shaklee sebab diantara Dr.Redza kongsikan ada 3 jenis produk dari Shaklee iaitu Vivix, Res V dan Coqtrol Plus. Ketiga produk ini ada fungsi tersendiri untuk sesi autophagy.

Vivix : Revestrol induces autophagy



Keburukan Intermittent Fasting

Banyak kebaikan yang anda boleh dapat jika anda mendapatkan autophagy ini tetapi terdapat keburukan yang anda perlu ambil kira supaya anda tahu ama ada Intermittent Fasting yang anda lakukan ini berkesan atau sebaliknya.

1. Memusnahkan Collagen dalam Badan

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah collagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan.

Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural collagen. Ini bermakna collagen yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan!

2. Menyekat peningkatan collagen

Sudahlah dia galakkan kemusnahan collagen dia menyekat pula peningkatan collagen dalam badan sehingga menyebabkan berlakunya penuaan, kemerosotan kulit dan keguguran rambut.

Jaga-jaga para wanita, jangan terlalu asyik menurunkan berat badan tetapi tidak tahu bahawa badan sedang dalam keadaan bahaya. Sudah lah tidak tahu, badan hantar signal juga tidak dihiraukan sama sekali.

3. Mengalami keletihan melampau

Collagen berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika collagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan minerals dan nutrisi micronutriens.

Kerana itu, usah hairan jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. Mungkin ini penyebabnya.

Apa yang anda rasa bila dah tau Intermittent Fasting juga membawa kesan buruk pada badan? Jangan risau yaa.

Disini badan kita memerlukan collagen terutamanya wanita dan ketika anda buat autophagy ini collagen type 1 yang mana 90 peratus berkaitan rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligamen serta membantu menyokong kulit kelihatan lebih muda.

Kerana itu jangan biarkan kira kehilangan collagen dalam badan hanya untuk mendapatkan berat badan yang kita inginkan. Pastikan berat anda turun dan kulit anda cantik dan sihat.

Untungnya Shaklee ada vitamin untuk Collagen.
COLLAGEN dari Shaklee


Dalam kajian ada menunjukkan bahawa Resveratrol dapat meningkatkan dan menyokong autophagy.


Untungnya kita kerana Shaklee adalah Supplement Terbaik membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan dalam masa yang sama memastikan kita lengkapkan nutrisi micronutriens dalam badan.

Disini juga fahami lah asas penurunan berat badan. Fahami lah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau “gemuk air”. Fahami lah metabolisma badan dan cara untuk melindungi atau baikinya untuk elak rintangan insulin.

Ada banyak sebab orang buat intermittent fasting antaranya,

  • nak kuruskan badan
  • nak sihat
  • nak reverse penyakit

Jadi fahami apa sebab nak buat Intermittent fasting, kemudian cari kaedah yang paling sesuai untuk kita. Ambil produk suplemen yang bersesuaian dan fokus.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#sitiman772

Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.





No comments:

Post a Comment