Thursday 6 April 2023

VITAMIN UNTUK CANTIKKAN KULIT DENGAN HARGA RAHMAH

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK DENGAN HARGA YANG SANGAT RAHMAH
06 APRIL 2023
15 RAMADHAN 1444H
by SITIMAN772

Assalaamualaikum,
Semoga kita semua dilindungi dan diberkati Allah S.W.T hendakNya.

Sat saja kan dah pertengahan Ramadhan,tak lama lagi nak tinggalkan kita dah. Dah rebut ka banyak banyak pahala bulan ni,kalau tak rebut kita sendiri yang rugi,banyak berkah bulan ni.

Siti ada dengar dari Ustaz Wadi Anuar,3 amalan untuk bertemu Lailatul Qadar.
1.Solat Isyak berjemaah
2.Solat Tarawih berjemaah
3.Solat Subuh berjemaah
Insyaa Allah kita akan bertemu Lailatul Qadar. Jom jom,Siti Subuh takdan nakpi lagi ni,nak kena kejarr juga. Doakan siti yerr kengkawan.

Ok laa,selingan jaa,sebenarnya nak cerita VITAMIN KULIT. Nak cantik dan sihat kena la amalkan pemakanan yang betol,semua vitamin,zat zat kena seimbang.

Antara Vitamin Kulit yang berkesan adalah D, C, E dan K. Jumlah harian vitamin D yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 600 IU dan ibu yang mengandung perlu mengambil dengan kadar yang lebih banyak. Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan kulit terhadap cahaya matahari selama 10 minit.

    Kenapa Vitamin Kulit itu penting?

    Penjagaan kulit adalah satu perkara yang bukan sahaja perlu menjadi keutamaan malah kewajipan memandangkan kulit itu sendiri merupakan organ pada tubuh badan yang paling besar.

    Disebabkan itu, ramai juga yang telah mengamalkan rutin penjagaan kulit bermula dengan produk pencuci, pelembap, toner, serum, esen, pelindung matahari dan berakhir dengan mekap.


    Malangnya, majoriti individu hanya mengutamakan penjagaan kulit pada aspek luaran tetapi tidak dalaman di mana mereka cenderung mengabaikan pemakanan dan pengambilan suplemen.


    Khususnya vitamin untuk kulit, individu wajar mendapatkan nutrisi yang terbaik daripada sumber makanan, minuman dan suplemen agar organ terbesar ini akan kekal lebih sihat dan cantik.


    Jenis mana yang bagus untuk kulit kita?

    Seperti yang ramai sudah sedia maklum, terdapat pelbagai jenis vitamin yang wujud di dalam makanan, minuman serta suplemen dan kesemuanya akan memainkan peranan penting tersendiri.

    Di antara variasi vitamin tersebut, sudah tentu terdapat jenis yang bagus buat kulit anda termasuk:

    Vitamin B

    Walaupun agak kurang popular, namun ia adalah antara jenis vitamin yang agak kompleks dengan pelbagai kategori seperti B1 – thiamine, B2 – riboflavin, B3 – niacin, B5 – pantothecic acid, B6, B7 – biotin, B9 – folate serta B12.

    B3 bagus untuk kesihatan kulit di mana ia mampu menambahkan kekuatan selain mengurangkan kekeringan organ terbesar ini sekali gus membantu melawan masalah kulit termasuk ekzema.

    Dalam pada itu, B5 juga biasa digunakan di dalam produk kulit dalam usaha membantu membuat kulit lebih lembut dan licin selain meningkatkan tahap penghidratan yang penting untuk kulit.

    Vitamin C

    Merupakan vitamin untuk kulit yang paling popular, jenis vitamin C kaya dengan sifat antioksidan yang mampu membantu menghasilkan lebih banyak kolagen agar kulit menjadi lebih kuat.

    Dalam pada itu, ia juga dipercayai boleh membantu individu melawan kanser kulit kerana ia bakal mengurangkan kerosakan atau kematian sel dan menyembuhkan tisu-tisu yang telah rosak.

    Memang benar ia biasa ditemui dalam diet seharian, namun suplemen mungkin masih diperlukan.

    Vitamin D

    Terkenal dengan nama vitamin daripada sumber cahaya matahari, ia sangat penting dalam proses penghasilan dan penukaran sel-sel kulit agar organ paling besar ini kekal sihat serta cantik.

    Terdapat kajian yang mengatakan kandungan calcitriol di dalam vitamin ini boleh mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit bagi pesakit psoriasis dengan cara disapukan di atas kulit.

    Selain makanan, minuman atau suplemen, tentu sahaja sumber vitamin D adalah cahaya matahari.

    E, vitamin untuk kulit

    Vitamin untuk kulit seterusnya adalah vitamin E kerana ia mengandungi mikronutrien yang tinggi antioksidan penting bagi membantu melawan radikal bebas. Dipercayai akan melambatkan proses penuaan alami, ia boleh mengurangkan kedutan dan kerutan kulit.

    Selain pemakanan, vitamin ini turut boleh terhasil secara semula jadi daripada sebum atau minyak kulit di liang pori kulit. Kesannya, anda boleh mendapatkan kulit yang jauh lebih awet muda!

    vitamin untuk kulit

    Vitamin F

    Sebenarnya, ia bukan daripada keluarga vitamin kerana ‘F’ itu merujuk kepada fatty acid atau asid lemak yang biasa ditemui di dalam diet tinggi khasiat asid lemak omega 3 atau omega 6.

    Menariknya, ia dikatakan boleh membantu melindungi sistem dan fungsi kulit di samping menjadi agen pelembut, pelicin dan pelega semula jadi kulit yang bakal menyegarkan organ kulit.

    Vitamin K

    Vitamin K biasa dijumpai di dalam sayuran termasuk kailan, kubis, bayam, salad serta banyak lagi sayur-sayur hijau yang segar. Ia sangat penting untuk melancarkan proses penyembuhan.

    Dalam pada itu, vitamin ini juga mampu membantu dalam menghilangkan kesan regangan, parut, tompokan gelap dan lingkaran hitam di bawah mata sekali gus bagus untuk kulit individu.

    Konklusinya, ada banyak jenis vitamin yang bagus buat kulit agar ia sentiasa kekal kuat, sihat dan cantik. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada pakar kulit atau pakar diet tentangnya!


    Petua Asas Penjagaan Kulit

    Berikut adalah beberapa cara yang terbukti untuk memastikan kulit anda sihat:

    • Basuh kulit anda dengan ‘cleanser’ sekali atau dua kali sehari (dua kali jika anda mempunyai kulit berminyak)
    • Sapukan losyen pelindung matahari untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV
    • Minum banyak air dan kekal penghidratan badan
    • Sentiasa lembapkan kulit anda dengan pelembap, terutamanya jika kering. Walaupun jenis kulit anda “berminyak”, anda tetap perlu melembapkan (selepas mencuci muka)
    • Amalkan pemakanan yang sihat

    Haaaa nii set  yang sangat awesome dari Shaklee,semua orang dapat membeli dan dapat mengamalkan dengan diet pemakanan yang lebih seimbang.

    Supplement untuk cantikkan kulit dari dalam.

    VITAMIN C + ESP SHAKLEE JUST RM99

    Serius kan,Hari tu masa mula mula tahu tuu. MasyaAllah, macam nak lompat bintanggg. Punyalah seronok! 

    Sebab pe? Mana de Shaklee buat murah giler camni sepanjang Siti kenal Shaklee 14 tahun yang lepas. Ini memang giler giler punya promo laahh. 

    Sebab apa kata promo 99 ni giler?
    ✅ Set kulit budget yang memang harga budget habiss
    ✅ Shaklee bagi initiatif pulak pada yang berjaya jual dan capai target. Kepuk kepuk duit boleh masuk kalau buat sungguh sungguh.
    ✅ ESP dan Vitamin c Shaklee ni antara the hottesr products and yang paling glamor lah dalam Shaklee
    ✅ Selalunya orang kenal Shaklee melalui 2 key items ni. 

    Serius kesan dia superb giler sebab tu beribu ribu orang repeat order 2 produk hot ni tiap bulan di Shaklee tau. Siap puluhan ribu botol terjual setiap bulan. 

    Time pandamic dulu lagi laaa. Tak sempat sampai rumah, dahhh lesap barang dikebas semuanya. Sampai sampai, yang memang orang fully book. 

    Jadi, this is the time to get the best ever price giler from Shaklee untuk 2 produk ni okeh.
    Keputusan klinikal tanpa kompromi


    Haa ni feedback yang guna dan amalkan Vitamin Rahmah ni,tak kenal maka tak cinta,jom la try


            cantikkan kulit muka 

    Remaja memang mencabarr. Dan satu lagi, kena rajin makan shaklee. Kalau makan pun jarang jarang, mimpi la nak kulit cantik 😂. Tu Siti pesan kat anak perempuan sulung yang tinggal diasrama 😂. Jenuh kena remind selalu tiap kali dia call ahha. Kalau duk umah, boleh la suruh buat depan mata terus. 

    Yang bongsu,pantang naik ja,zup zap sapu terus , dan telan vitamin tak tunggu dah ibu dia berleter. Masa dulu dulu Siti tak merasa la vitamin vitamin ni,dulu family adik beradik ramai,ayah kerja disawah dan kerja kerja kampung,mak kerja kilang,tapi Alhamdulillah,makan pakai semua cukup nak besarkan kami lapan beradik.

    Sekarang Siti dah ada family sendiri,dah bekerja,dapat info info kesihatan,tau mana elok tak elok,pelan pelan la mengamalkannyaa.


    Lagipun dok dalam circle Shaklee ni banyak info info,kelas kelas kesihatan,group group yang sentiasa tolong menolong walaupun dari group group yang lain,semuanya sedia membantu,nak ngan tak nak sahaja.


    ni sebelum amal

    Yang ni dah amalkan dalam sebulan amik 2 scoop Esp ngan 1 biji Vitamin C



    Haaa nii feedback lagi

    1️⃣ Asbab set ni la kulit anak KakLina kembali pulih. Sebelum ni memang teruk. Sekarang makin cantik & smooth. Level confidence nak berdepan dengan orang tu tinggi. X down cam dulu. 

    2️⃣Tengah murah sangat berbanding harga sebenar. Apalagi ini kalilah grab. RM99 je dapat ESP & Vita C.

    Actually start consume 3 tahun lepas. Bermula dengan vita C & ESP. Tapi nampak jerawat dia kecut. Lepas tu saya tambah alfalfa. Lagi kesan dia ketara. Kulit makin smooth. 

    Lepas 6 bulan rasanya memang dah takde naik jerawat baru yg besar2 mcm sebelum ni. Konsisten mkn 3 produk tu tambah youth basic set. Sampai la ni.

    Bestkannn,anak anak pun ada keyakinan diri,bila kulit muka dah cantik,kulit pun flawless lagi.



    Harga biasa : RM732
    *Harga offer: RM337*
    Pos RM10
    Free membership: RM35
    *Jimat: RM395*

    Yang ni feedback guna YOUTH SKINCARE

    Ni untuk yang ada masalah kelemumur,memang best

    Harga biasa : RM218
    *Harga offer: RM130*
    Pos RM10
    Free membership: RM35
    *Jimat: RM88*





    JOIN NOW SHAKLEE

    https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1159374


    #NextLevelBlogging
    #Shakleetriumph2023
    #shakleethrive2023
    #SetRahmahShaklee2023

    Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

    Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.



















     





     










    No comments:

    Post a Comment

    SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG

    SET MENGANDUNG SHAKLEE UNTUK CUKUPKAN NUTRISI IBU-IBU MENGANDUNG by SITIMAN772 29 OGOS 2K23 Assalaamualaikum dan salam sejahtera,terima kasi...