Barangsiapa membiasakan dirinya dalam melewatkan/menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya. Perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan taufiq daripada Allah.
Hasan al-Basri berkata: Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat tepat pada waktunya."
No comments:
Post a Comment